5 Cara Mudah Untuk Kecilkan Betis, Peha & Perut Dalam Seminggu!


Kegemukan dan lemak lelaki terletak pada perut. Bila nampak perut boroi, maka selalunya kita kata dia gemuk. Sebaliknya, lemak perempuan tidak terkumpul di perut tetapi di bahagian kaki, terutama paha. Selain itu, ada juga orang perempuan yang nampak kurus di muka, tapi sebenar masih mengalami masalah berat badan berlebihan. Jika anda mahu, terdapat banyak jenis senaman yang boleh dilakukan selain daripada jogging, bergantung pada keupayaan dan keinginan diri sendiri. Berikut ialah beberapa cara mengecilkan betis, paha & perut yang bakal memberikan anda keyakinan baru!

1-Lari di tangga

Anda boleh buat exercise lari di tangga tak kisah sama ada tangga rumah ke atau shopping mall, asalkan tangga atau sesuatu yang menaik. Bagus untuk membentuk muscle di betis. Di samping itu, jika anda selalu lari di tangga selama 10 minit, tiga kali seminggu, selama enam minggu sudah mampu meningkatkan kesihatan kardiovaskular wanita.

2-Skipping

Senaman tali skipping merupakan senaman yang paling mudah dilakukan oleh setiap orang. Walapun senaman ini nampak ringkas, namun senaman ini mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh kita. Antara kebaikannya ialah:

  • Menguatkan otot
  • Mengawal osteoporosis
  • Menambah ketinggian badan
  • Menurunkan berat badan

Selain itu, bermain skipping juga sangat efektif daripada berjogging kerana dalam masa 30 minit, ia hasil kalori terbakar lebih tinggi iaitu sebanyak 420 kcal.

3-Squatting

Walaupun pergerakan lebih tertumpu pada bahagian kaki, senaman squat juga menggalakkan pertumbuhan otot di seluruh tubuh badan. Di samping itu, senaman ini begitu intense sehingga mewujudkan rembesan hormon-hormon yang begitu penting untuk pertumbuhan otot tisu.

Oleh itu, anda boleh cuba buat ‘squat’ dalam 30-50 kali sehari. Tapi untuk yang baru cuba buat pertama kali, dinasihatkan supaya kurangkan bilangan squat.

4-Larian sprint

Anda juga boleh cuba exercise ini. Jika kita melakukan larian sprint selama satu jam, ia dapat membakar lemak lebih banyak dibandingkan dengan melakukan jogging selama sehari.

5-Guna treadmill

Anda cuma perlu jinjitkan sedikit jari kaki untuk lebih focuskan bahagian muscle kaki. Dan perlu berlari dengan kecepatan 9 km / jam selama 30 saat. Buat selama 5-10 minit lepas tu boleh stop sekejap dan lepas tu sambung balik.

Rajin-rajin berusaha kerana usaha itu tangga kejayaan. Tak gitu? Semoga cara mengecilkan betis, paha & perut yang dikongsikan di atas bermanfaat untuk semua.

Baca selanjutnya: Cara Bagaimana Untuk Kempiskan Perut Secara Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat