Tun Mahathir: Kerajaan akan menjual Equanimity


Dr Mahathir dalam kenyataannya melalui akaun Facebook miliknya sebelum ini menzahirkan penghargaan kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan pihak berkuasa Indonesia kerana menyerahkan kapal mewah Equanimity kepada Malaysia.

Sebelum ini, wakil pasukan peguam yang mewakili syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), S. Sitpah berkata tempoh masa untuk kapal itu berlabuh di terminal ini tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung pada siasatan.

Katanya, permohonan waran bagi penahanan kapal mewah itu dibuat oleh empat pihak, 1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Global Investment, dan kerajaan Malaysia.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Malaysia berhasrat untuk menjual kapal persiaran mewah yang dirampas Equanimity secepat mungkin dan cadangan penjualannya akan diklankan di seluruh dunia. Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB .

Pihak berkuasa antarabangsa masih memburu pemilik kapal iaitu ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low yang dikatakan turut bersuhabat dalam penyelewengan dana 1MDB.

Kapal itu disita di Bali pada Februari lepas atas permintaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), namun pada April, mahkamah Indonesia memutuskan pihak Indonesia tidak boleh bertindak sedemikian dan kapal itu perlu dikembalikan kepada pemiliknya.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat