Biarkan Anak-anak Menangis Kerana Itu Adalah Proses Untuk Mereka Membesar
Nasihat untuk ibu bapa adalah mereka perlu biarkan anak-anak menangis kerana itu adalah proses untuk mereka membesar. Serta dengan membiarkan anak-anak menangis adalah itu salah satu perkara yang normal.
Kebiasaannya baby bawah 2 tahun memang akan menangis bila tidak dapat apa yang dia nak, sebab ini salah satu cara untuk dia berkomunikasi. Tapi masalah bila, kita secara tidak langsung mengajar anak untuk dapat semua apa yang dia nak demi tidak bagi anak menangis. Biarkan dia menangis, selagi tidak memudaratkan. Sebab semakin dia membesar, semakin susah untuk dibentuk. Contohnya beli mainan, bila kita dah biasa beri apa yang dia nak seawal bawah 2 tahun. Bila dah 3-5 tahun, semakin susah untuk kita halang.
Walaupun nampak dalam scope kecil, “alah, murah je mainan”, “alah, takpelah kecil lagi”. Tapi semakin dia membesar, semakin dia belajar yang “apa yang aku nak, aku mesti dapat”.
Bila no means NO, ini kena train seawal bayi sebab masa inilah masa penting untuk develop kepercayaan.
“Frustration tolerance”, sangat-sangat penting untuk perkembangan emosi anak untuk persiapan ke dunia luar yang lebih mencabar. Kena ajar anak perasaan “frust”, tidak dapat apa yang dia nak main, tidak dapat apa yang dia nak makan, tidak dapat apa yang dia nak pakai, tidak dapat pergi tempat yang dia nak dan sebagainya. Sebab dalam dunia sebenar, bukan semua apa yang kita nak akan dapat. Melainkan melalui usaha, tapi usaha pun tidak menjamin kita akan dapat apa kita nak.
Contohnya:
1. Anak jatuh sikit sebab terlanggar meja.
Mula-mula tengok respon dan keadaan, kalau ok kita kena biarkan dia dahulu dan terangkan kenapa jatuh dan macam mana nak elakkan jatuh daripada kita terus berlari dengan reaksi muka dan suara terkejut.
2. Anak menangis nak coklat kinderjoy.
Sebelum ke kedai yang ada jual coklat ni, kalau memang kita nak belikan bolehlah minta dia siapkan kerja atau buat sesuatu dahulu baru dapat. Kalau dia mengamuk tantrum, biarkan dia. Bila dah ok dan tenang, baru terangkan kena tak boleh (Social story).
3. Anak menangis bila kalah main game.
Biarkan dia. Bagi dia rasa “frust”, dan belajar sendiri cara kawal.
4. Anak mengamuk nak ikut kita keluar.
Biarkan dia settle “luahkan” perasaan. Selepas itu baru distract dengan benda lain.
5. Anak mengamuk taknak makan sebab nak makan junk food.
Ok, tidak payah makan. Nanti next masa makan, dia akan belajar yang bila skip makan nanti lapar.
Kadang-kadang risau, bila jumpa ada yang umur 6 tahun masih makan bersuap, tidak pandai pakai baju sendiri tapi abc 123 pandai. Bukan sebab “developmental delay”, tapi sebab semua A-Z mak buatkan. Lepas di ceramah 30minit, sebulan lepas tu tiba-tiba terus pandai makan dan pakai baju sendiri. Semakin kita “overprotective”, semakin kita membesarkan “adult baby”.
Tidak perlu takut anak menangis. Biarkan dia menangis sekejap selagi tidak memudaratkan, biarkan dia belajar untuk “pujuk” diri sendiri. Sebab menangis adalah salah satu cara untuk untuk kita luahkan perasaan. Anak lelaki atau perempuan, biarkan mereka menangis. Biarkan mereka bukan tanda kita tak sayang, tapi sebab kita nak train mereka untuk cope dengan “frustration”.
Kita selalu dimomokkan dengan kata-kata “lelaki tidakc boleh menangis”, ini salah. Menangis adalah proses natural yang Allah kurniakan pada semua manusia untuk meluahkan perasaan bukan untuk perempuan sahaja. Sebab itu kebanyakan penghuni institusi mental adalah lelaki, sebab mereka lupa cara untuk meluahkan perasaan . Sebab apa? Sebab “lelaki tak boleh menangis”.
Mental kita macam getah, kalau terlampau tegang ia akan putus. Tugas kita, kena kuatkan ketahanan “getah” itu. Untuk persiapkan mereka menghadapi dunia yang mencabar.