TIPS MEMBANTU SI COMEL ANDA MELAHIRKAN


Si comel

Mula-mula kita kena ingat bahawa tidak semua kucing memerlukan bantuan atau memerlukan teman sewaktu melahirkan. Ada baiknya untuk permulaan korang jengah-jengah dan pantau keadaan Si comel. Masuk campur sekiranya ada kesulitan sewaktu proses kelahiran. Sekiranya korang tidak pasti kucing korang nak beranak atau belum, ada baiknya bawa ke Klinik Veterinar berdaftar untuk diperiksa.

Fasa Pertama Proses Kelahiran

1. Sediakan Ruang Bersarang. Kucing memerlukan ruang yang khas atau sunyi untuk melahirkan. Kalau korang nak aturkan Si Comel beranak di satu tempat khas bagi memudahkan pengurusan. Pastikan kawasan tersebut tidak mudah di dimasuki oleh kanak-kanak, orang luar ataupun haiwan lain. Si Comel akan mudah terkejut dan mungkin bertindak di luar kawalan sekiranya diganggu. Pastikan korang sediakan sarang menggunakan barang-barang yang bersih. Pelapik kain lembut yang tidak berbau  dan sediakan bekas makanan serta minuman yang mudah di akses oleh si comel. Kotak najis juga perlu disediakan berhampiran. Anggaran 3 hingga 4 kaki dari sarang si comel. Pastikan kotak najis tidak diletak terlalu dekat bagi mengelakkan sebarang jangkitan pada si anak nanti.

2. Sediakan Satu Bekas Bersih untuk letakkan anak-anak yang baru dilahir untuk sementara waktu sementara menunggu si ibu selesai melahirkan. Ini adalah untuk memastikan si anak yangg telah dilahirkan tidak dihimpit, bersih dan tidak terdedah kepada jangkitan bakteria. Bekas ni mestilah diletakkan berdekatan dengan kotak melahirkan. Walaubagaimanapun, sesetengah ibu amat sensitive dan tidak suka anaknya di alihkan. Sekiranya nampak si ibu mula resah sila biarkan anak-anak tersebut dengan si ibu tetapi kebersihan bekas mestilah dijaga.

3. Persediaan Pada Si Comel. Jika kucing korang berbulus panjang, kembang, gebus korang mungkin perlu “trim” sedikit bulu-bulu yang ada di bahagian belakang (anus & vulva) serta cukur bulu dibahagian ambing (tetek) nya. Prosedur ni korang boleh buat seminggu sebelum si ibu dijadual melahirkan anaknya. Janganlah pula masa dia tengah sibuk meneran masa tu lah korang sibuk nak trim kan. Jadi ia sangat penting bagi memudahkan proses kelahiran dan membantu si anak untuk menyusu dengan mudah.

4. Tanda-tanda Si Comel Ingin Melahirkan. Biasanya si ibu akan memberikan tanda-tanda apabila dia dah sedia untuk melahirkan. Antara tanda-tandanya ialah si comel mula gelisah dan tidak keruan, mencari-cari tempat gelap dan berbunyi bising. Kerap menjilat pada bahagian badan terutamanya di sekitar kawasan kemaluannya, mencungap-cungap dan sukar bernafas. Mengeow sekuat hati. Suhu badan akan menurun sedikit dari paras normal. Tidak berselera makan. Berkemungkinan muntah-muntah. Melelehkan air jernih (ketuban) atau darah dari kemaluan.

 

Fasa Kedua Proses Kelahiran

1. Cecair khas akan dirembeskan bagi melindungi rahim sewaktu proses kelahiran. Cervix akan mula mengendur dan si ibu mula meneran. Kadar peneranan si ibu sewaktu anak pertama memasuki salur peranakan adalah 2-3 minit. Si ibu akan berada dalam posisi separa duduk atau berbaring. Kemudian, air ketuban akan keluar dahulu dan diikuti oleh kantung anak samada kepala dahulu atau kaki belakang. Selesai fasa kedua dan anak pertama dah dilahirkan. Si ibu akan mengambil masa sehingga setengah jam utk setiap ekor seterusnya ataupun lebih.

2. Sila Pastikan Si Ibu Makan Atau Bersihkan Sarung/Uri Dari Setiap Anal Yang Dilahirkan. Si anak sepatutnya mula bernafas, bergerak sebaik sahaja dilahirkan. Sekiranya anak dalam keadaan nyawa ikan, segera berikan bantuan. Sarung Glove yang bersih, pecahkan sarung membrane yang meliputi badan dan kepala si kecil. Bersihkan semua mucus yang keluar menggunakan gauze dengan perlahan-lahan. Sekiranya si ibu tidak makan placenta/uri yg keluar. Korang kena masukkan dalam satu bekas bersih dan tanamkan baik-baik.

3. Pemotongan Tali Pusat sekiranya si ibu tidak memotong tali pusat, terpaksa lah korang campur tangan. Antara peralatan yang diperlukan ialah :

  1. Glove / sarung tangan
  2. Gunting atau pemotong yang telah di steril
  3. Penyepit / Mosquito Force (kalau tiada boleh guna penyepit baju)
  4. Air panas (untuk tujuan steril alatan)
  5. Kapas
  6. Iodin

Kaedah :

  1. Pastikan jarak yang hendak dipotong sekitar 3cm dari pusat.
  2. Sepitkan tali pusat yang telah dianggarkan tadi dan potong di bahagian bawah penyepit.
  3. Tunggu sehingga 60saat.
  4. Lepaskan penyepit dan pastikan tidak ada darah yang menitis dari kawasan tali pusat yang telah dipotong.
  5. Sapukan iodin pada bahagian tali pusat menggunakan kapas dengan perlahan-lahan.
  6. Letakkan anak-anak kecil tersebut di dalam bekas baru yang bersih dan beralaskan kain yang lembut. Pastikan kain tersebut tidak berbau pewangi atau apa2 bau bagi memudahkan si anak mengenali bau ibunya.
  7. Setelah selesai semua prosedur, pastikan si anak diletakkan kembali bersama ibunya dan biarkan mereka menyusu. Susu awal amat penting bagi si kecil kerana mengandungi kolostrum dan antibody bagi meningkatkan daya ketahanan si anak.

4.  KURANG SUSU sekiranya korang perhatikan si ibu, seolah-olah mengalami kesukaran menyusukan si anak, ada baiknya bawa sekeluarga tersebut berjumpa Dr Vet. Ade kemungkinan si ibu kurang susu dan Vet insyaallah boleh membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat