Petua Mengelakkan Kucing Kencing Merata
Bagi peminat kucing, memelihara kucing merupakan satu terapi untuk menenangkan diri. Ini terbukti dengan mengusap dan membelai kucing yang dapat memberikan ketenangan. Tidak hairan kucing dilayan seperti anak sendiri oleh pencinta tegar kucing.
Namun terdapat beberapa masalah yang timbul apabila kucing meningkat umur 5 bulan dan keatas dimana kucing suka kencing atau berak merata. Selain najis yang perlu kita bersihkan, ia juga mengganggu keselesaan dengan memberikan bau yang tidak menyenangkan.
Yang paling bengang bila najis kucing terkena pada sofa ataupun karpet. Fuhh macam gunung berapi nk meletuskan. Tetapi masalah ini tidak sepatutnya dirungsingkan oleh para pemilik kucing kerana kita boleh mencegahnya. Anda boleh ikuti beberapa petua yang kami sediakan sebagai rujukan anda.
Petua Mengelakkan Kucing Kencing Merata
1. Serai
Bau dari serai merupakan salah satu bau yang tidak digemari oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi. Kemudian semburkan pada tempat yang sering kucing anda kencing didalam rumah.
Selain itu anda juga boleh meletakkan produk berasaskan serai ditempat-tempat strategik seperti bilik tidur dan ruang dapur rumah anda.
2. Cuka
Jika anda ternampak kucing anda kencing dimana, jangan biarkan ia mengering. Bersihkan segera tempat trsebut dengan tuala bersih. Setelah bersih, bilaskan dengan air dan cuka. Cuka dapat menghilangkan bau hancing kesan dari air kencing kuncing.
Ini dapat mengelakkan kucing daripada kencing ditempat itu kerana kucing akan berulang kali kencing ditempat yang sama sekiranya ada bau dari air kencing atau najis kucing tersebut. Selain cuka, boleh juga bersihkan kawasan yang terkena air kencing kucing dengan menggunakan pencuci yang berasaskan enzim.
3. Lada Hitam
Selain produk berasaskan serai, anda juga boleh menggunkan lada hitam. Caranya sangat senang. Rebuskan air, kemudian masukkan satu atau dua sudu lada hitam.
Kemudian semburkan ditemapt yang sering kucing anda kencing. InsyaAllah kucing anda tidak lagi akan kencing disitu.
4. Toilet Training
Sediakan kawasan berpasir bagi kucing anda. Kucing memang gemar untuk membuang ditempat yang berpasir. Jadi anda boleh sediakan “litter box” untuk kucing anda.
Tak susah untuk dapatkan litter box dan pasir kucing kerana dimana-mana kedai haiwan atau pasaraya mesti ada. Apabila pasir dan litter box sudah ada, yang tinggal hanya perlulah anda melatih kucing supaya kerap menggunakan liter box.
5. Belerang
Taburkan belerang disetiap penjuru rumah. Sifat belerang yang panas dan berbau dapat memberikan ketidakselesaan kepada kucing. Hal ini dapat mengelakkan daripa kucing kencing merata dirumah anda.
6. Botol Berisi Air Sirap
Mungkin ada yang pelikkan kenapa botol berisi air sirap. Akan tetapi petua ini agak berkesan kepada kucing. Caranya ialah, masukkan air yang dicampurkan dengan sirap kedalam botol.
Letakkan botol tersebut di tempat yang sering kucing kencing ataupun ditempat yang mudah dilihat oleh kucing. InsyaAllah kucing anda tidak lagi akan mendekati dan kencing di tempat tersebut.
Selamat mencuba semua. Admin harap petua-petua yang min kongsikan dapat memberikan manfaat kepada anda semua.