10 Cara Tambah Pendapatan Bagi Golongan Muda
Golongan muda merupakan golongan yang banyak memerlukan duit. Semua perlu dibayar, kereta, rumah dan juga hutang pembelajaran seperti PTPTN. Gaji yang diterima sebagai fresh graduate yang diterima juga tidak seberapa yang memaksa mereka mengikat perut maka perlu cari cara tambah pendapatan bagi golongan muda.
Muhammad Farid Bahrudin telah berkongsi 10 cara untuk tambah pendapatan anda terutamanya bagi golongan anak-anak muda.
1. Berniaga atas talian (online)
Ni semua orang boleh buat tapi tak semua berjaya buat. Jadi kena tahu produk yang boleh jual, ada permintaan. Untung kecil tapi kuantiti jualan banyak. Yang penting untung dah tolak segala kos anda. PosLaju buka sampai 8 malam dan juga buka hujung minggu, jadi ia tidak lah menganggu anda buat duit.
2. Buat Affiliate
Affiliate menjual barang atau melalui referral.
a. Affiliate menjual eBook (buku digital bentuk PDF). Kita hanya menjual secara online tapi semua bayaran dan penghantaran eBook dibuat oleh penjual tu sendiri. Komisen yang diterima boleh tahan juga sebab kebanyakan mereka bermain kuantiti (volume) atau hadiah dari penjual.
Katakan satu eBook diberikan 50% komisen RM15 (eBook = RM30) anda dapat jual 20 pun dah dapat RM300. RM300 ni boleh guna macam-macam. Boleh buat ASBF untuk RM50,000 kita OPM komisen yang diterima.
Cara nak promosi kan link Affiliate boleh dibuat melalui Facebook atau Twitter. Jadi walaupun ada siapa, anda boleh sahaja buat duit mudah melalui online.
b. Affiliate melalui Referral. Untuk yang ni kita tak promosi kan produk jualan tapi promosikan link pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi mereka. Nampak macam MLM tapi bukan MLM, kita dibayar atas kerja kita mempromosikan manfaat menggunakan aplikasi mereka. Dan anda tidak membayar menggunakan aplikasi ni.
Setiap pendaftaran yang berjaya dapat RM5 dan ada hadiah bulanan untuk mereka yang berjaya dalam kempen mereka. Ni pun sama juga bermain dengan kuantiti.
Dalam sebulan boleh dapat RM100-RM300.
3. Buat Sublet
Sublet (sewa atas sewa), kalau nak buat kena lah minta persetujuan tuan rumah dahulu. Ada yang buat Sublet ni setiap bulan beri aliran wang yang positif. Kan boleh jadi pendapatan tambahan.
Tapi bukan main buat sahaja, nak buat pun kena ada Ilmu juga.
4. Jadi pemandu UBER/GRAB
Dah ada kereta tapi guna buat pergi kerja sahaja, gunakan kereta tu untuk beri pendapatan tambahan kepada anda. Jadi pemandu pada hujung minggu.
Kisah benar dari pemandu ni, mereka boleh jana pendapatan sehingga membuatkan mereka tak perlu usik duit gaji untuk bayar bulanan kereta. Mereka guna hasil UBER/GRAB.
5. Jadi Agen Jualan
Macam point no 1 tadi, jadi agen jualan ni juga boleh beri anda duit juga. Anda diberikan diskaun 10-15% membeli dan anda berpeluang jual harga asal. Maknanya anda untung 10-15%, banyak tu.
Jadi agen ikut musim, kena tengok musim (demand). Waktu raya jadi lah agen kuih raya, jubah, kurta dan macam-macam lagi.
6. Jadi Cikgu (Tutor) Tuisyen
Kerja mudah tapi kena pikul amanah yang besar dalam menyampaikan Ilmu. Anda boleh dapat RM50 sejam untuk mengajar tau. Anda bukan jual air liur tapi anda bertindak sebagai penyampai dan pembantu mereka ni (pelajar).
7. Jadi agen Topup
Walaupun ada perbankan Internet untuk tambah nilai, agen Topup masih juga dicari. Sebab apa mudah tak banyak langkag nak kena login, request TAC dan tunggu. Tapi guna agen Topup anda bayar, tunggu dan dapat (tak leceh sangat).
Kali terakhir saya semak belian topup RM10 masih boleh dapat 4-5% diskaun. Saya pernah dapat RM30-RM50 seminggu jual ketika belajar dulu. Rolling dan rolling duit untung tu.
8. Jadi agen Amanah Saham / Takaful / Hartanah
Untuk agen yang ni perlukan Ilmu sedikit. Bila ada Ilmu tidak lah missleading sangat iklan yang dibuat. Apa-apa pun komisen jadi agen ni boleh tahan juga.
Ada yang buat Full Time jadi agen cukup sahaja dan boleh survive hidup.
9. Runner
Jadi runner ni pula mudah sangat tapi ada risiko. Jadi runner kot, anda ambil/hantar barang atau buat kerja orang lain (wakil). Anda dibayar upah, upah tu pula biasanya berbaloi dengan kudrat dan masa anda.
10. Jual Perkhidmatan (Kemahiran)
Manusia ni ada keistimewaan dan kemahiran masing-masing tapi tak guna.Kalau anda pandai mereka, guna kepakaran anda untuk tawarkan perkhidmatan kepada mereka. Kalau anda pandai ambil gambar, guna kepakaran anda untuk gembirakan pengantin dengan gambar cantik anda.
Ada banyak lagi lah kemahiran yang ada. Banyak peluang cari pendapatan yang halal dan yang penting ia tak ganggu tugas dan masa kerja hakiki anda.
Sumber- Muhammad Farid Bahrudin
Idea yang baik. Bagi sesiapa yang berminat untuk menambah pendapatan boleh layari laman http://gajimasyuk.com/mmg/zzmtuneexcel