Cara Bagaimana Untuk Kempiskan Perut Secara Semulajadi
Ramai di antara rakyat malaysia mempunyai masalah berat badan yang berlebihan dan menurut kajian, Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai rakyat yang paling obes.
Yang paling tidak disukai ramai adalah di bahagian perut yang boroi dan menggeleber terutamanya kaum wanita dan kaum lelaki
Terdapat banyak cara dan tips untuk kempiskan perut dan menguruskan badan dan telah berjaya melakukannya, tetapi di bahagian perut masih boroi dan menggeleber.
Mari kita lihat pelbagai cara untuk kempiskan perut secara semulajadi.
Minum air limau
Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut secara semulajadi adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Istilah ‘potong lemak’ selepas makan memang selalu dikaitkan dengan air limau.
Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap, akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda. Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok. Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah nyahtoksik dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut yang sangat berkesan.
Minum teh halia
Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik.
Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut. Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan. Cara kempiskan perut dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah. Modal juga rendah.
Banyakkan Minum Air Suam Dan Air Masak
Apabila kita minum air masak pada kadar yang banyak, ia akan mencairkan sodium (garam) di dalam badan anda sehingga membolehkan menaikkan jumalah air di dalam badan keluar. Secara logik lebih banyak air masak di minum akan membuatkan kita banyak membuang air kan? Minum air masak dalam kuantiti yang besar boleh melancarkan fungsi organ hempedu dan melancarkan proses buangan air dari dalam badan.
Elakkan ambil air sejuk ketika makan, ia akan melambatkan proses pencernaan makanan di dalam badan. Ia akan memberi masalah perut buncit kepada anda secara tidak langsung. Ini disebabkan makanan mudah tercerna pada suhu badan. Iaitu sekitar 36 darjah celcius.
Makan ikan salmon
Seterusnya anda boleh mengamalkan diet yang mengandungi ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut anda.
Jika anda tidak makan ikan, anda boleh menggantikannya dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut.
Perlu diingat, ikan salmon sangat mahal. Kalau rasa tidak mampu, beli sahaja ikan yang lain! Dengan kata lain, cara kempiskan perut dengan makan salmon adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja.
Kurangkan Makan Garam Dalam Makanan
Banyaknya garam (sodium) di dalam badan akan menyebabkan perut anda buncit. Nak tahu sebab apa? Garam akan menghalang atau melambatkan proses air dari keluar dari badan dan air yang banyak di dalam perut akan menghasilkan gas-gas yang berpotensi untuk membesarkan diameter perut anda. Maka, kurangkan mengambil garam yang berlebihan dalam makanan demi perut anda itu.
Tidur secukupnya sekurang-kuranya 6-8 jam sehari
Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.
Tidur yang cukup juga memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi dengan cerdas.
Tingkatkan metabolisme
Apa kaitan cara kempiskan perut dengan metabolisme? Bagaikan tiada kaitan?
Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, “Kenapa kawan aku ni makan banyak, tapi tak gemuk gemuk?”.
Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori.
Seringkali orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam. Kajian juga mendapati bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah.
Antara cara untuk meningkatkan metabolisme adalah dengan meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak.
Carian Yang Berkaitan:
- cara kempiskan perut
- petua kempiskan perut
- cara nak kempiskan perut
- cara mengempiskan perut
- kempiskan perut
- cara kempiskan perut buncit
- tips kempiskan perut
- cara untuk kempiskan perut
- kempiskan perut buncit perempuan
- cara hilangkan perut buncit