Kebenaran Rentas Negeri: Ini Senarai SOP Yang Wajib Anda Ketahui


Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeriDalam pengumuman khas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober 2021 yang lalu, beliau telah membenarkan rentas negeri tanpa syarat kepada semua rakyat Malaysia. Kebenaran itu berkuatkuasa pada 11 Oktober 2021. Hal ini telah diputuskan oleh kerajaan berikutan peratusan vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa telah mencapai lebih 90%.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kebenaran rentas negeri tidak terpakai kepada lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Kebenaran ini akan bermula pada esok (11 Oktober). Jadi, esok bebas lah dan ini lah yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat. Seperti saya katakan tadi, peringkat awal kita perlu tegas soal rentas negeri ini dan seperti yang dijanjikan, sudah sampai 90 peratus, maka rakyat Malaysia boleh melakukan pergerakan,” katanya dalam sidang media khas, di sini.

Walaupun kerajaan telah memberi kelonggaran untuk rentas negeri, namun kita masih digalakkan untuk mematuhi semua SOP atau prosedur kesihatan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Berikut merupakan prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti dalam membantu untuk mengurangkan kadar penularan Covid 19.

  1. Sentiasa memakai topeng pelitup muka atau ‘face mask’ ketika berada di luar.
  2. Sentiasa membasuh tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.
  3. Kekalkan jarak selamat 1 meter dengan individu lain pada setiap masa.
  4. Jangan lupa untuk ‘scan’ QR Code menggunakan MySejahtera sebelum memasuki mana-mana premis.
  5. Melakukan pemeriksaan Covid 19 secara kendiri sebelum memulakan perjalanan rentas negeri pulang ke kampung halaman.
  6. Pastikan anda telah divaksinasi secara lengkap dua dos dan telah mencapat tempoh matang mengikut jenis vaksin yang diambil.
Jenis Vaksin Bilangan Dos Lengkap Tempoh Matang
AstraZeneca 2 14 hari selepas suntikan kedua
PfizerBionTech 2 14 hari selepas suntikan kedua
Sinovac 2 14 hari selepas suntikan kedua
Johnson & Johnson 1 28 hari selepas suntikan
CanSino 1 28 hari selepas suntikan

Jadual: Tempoh matang mengikut jenis vaksin

Daily Rakyat: Selamat pulang ke kampung halaman. Jangan lupa untuk patuh semua SOP ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat