Tiada Lagi “Muka Serupa Kulit Limau”
Rasa cemburu dibuatnya bila tengok kulit muka kawan-kawan licin dan flawless kan? Lagi-lagi bila liang-liang pori di muka sendiri jelas kelihatan. Aduhh.. malunya! Semua orang ada pori sebenarnya, apa yang berbeza cuma saiz pori tu. Ada yang rasa kulit dia macam kulit limau dah sebab liang pori terbuka dan besar.
Fungsi pori kat muka adalah untuk mengeluarkan minyak semula jadi dari badan serta mengeluarkan peluh. Faktor genetik, jenis kulit, kebersihan dan cuaca menjadi punca liang pori membesar. Nak hilangkan pori memang mustahil lah sis! Tapi apa yang korang boleh buat adalah kecilkan pori-pori tu. Jom admin kongsikan caranya!
1. Cuci muka setiap hari
Cuci muka adalah susunan pertama dalam rutin penjagaan muka setiap hari, jadi ia amat penting untuk membersihkan muka setelah seharian muka didedahkan dengan persekitaran dan juga make up. Untuk pembersihan yang sempurna anda haruslah membuat teknik double cleansing.
Jadikan sebagai rutin harian korang untuk mencuci muka okay. Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Sekurang-kurangnya anda perlu cuci muka dua kali sehari iaitu pagi dan malam untuk membersihkan minyak dan kotoran-kotoran di muka.
2. Jangan biar kulit kering
Macam biasa lah korang kena sentiasa menjaga hidrasi muka korang. Pakai moisturizer dua kali sehari atau lebih kalau rasa kulit muka kering sangat. Gunakan moisturizer yang berasaskan air supaya kulit korang dapat serap lembapan tu jauh ke dalam liang pori.
3. Steam
Salah satu cara yang mudah untuk anda cuba adalah pengewapan atau steaming. Selain mengecilkan pori, cara ni juga sebenarnya membantu untuk menghilangkan kotoran di muka serta membunuh bakteria.
Senang je caranya, kalau takde steamer, korang boleh letakkan air panas dalam besen kemudian halakan muka korang ke arah wap tu selama 20 minit.
4. Baking Soda
Penting untuk korang exfoliate muka sekali sekala menggunakan baking soda. Caranya adalah campurkan baking soda dengan air untuk menghasilkan pes, kemudian sapukan dan urutkan pes tu pada muka selama 5 ke 10 minit. Selepas itu, bilas lah dengan air sejuk.
Baking soda berfungsi untuk membersihkan kotoran pada liang pori yang tersumbat, membuang sel-sel mati, dan juga menghilangkan jerawat.
5. Scrub Gula & Madu
Korang boleh buat skrub gunakan dua bahan ni kemudian sapukan ke muka dan urut selama 3 ke 5 minit. Selepas itu, boleh bilas dengan air sejuk. Kalau korang nak buat skrub guna teh hijau dan gula pun boleh, tak ada masalah.
Selain nak scrub dekat muka yang lebihan boleh simpan dan scrub dekat bibir. Bagus juga tu.
6. Masker Telur
Selain untuk makan, telur boleh buat masker jugak tau! Putih telur boleh mengecilkan liang pori dan membuang minyak berlebihan. Macam mana? Senang je nak buat masker telur ni. Mula-mula ambil sebiji telur lepas tu asingkan telur putih dan telur kuning. Korang sapukan telur putih tu kat muka sampai 30 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.
Kalau nak kesan yang lagi baik, korang boleh campurkan telur putih dengan tepung beras atau oat dengan jus lemon. Korang amalkan dua kali seminggu lepas tu tengok hasilnya!
7. Ais Batu
Cara yang paling mudah sekali adalah ais! Tak payah susah-susah cari bahan lain, korang buka je freezer, ambil lah dalam segenggam kiub ais lepas tu balut dengan kain. Kemudian gosok kain tadi kat muka korang.
Petua ni korang boleh buat setiap malam sebelum tidur. Tapi jangan sampai tertidur dengan ais pulak, habis basah bantal esok pagi. Kesan dia korang boleh tengok selepas 2 minggu. Bagusnya ais ni, ia boleh licinkan kulit muka korang tau.
Korang boleh lah cuba tips-tips ni untuk kecilkan pori kat muka. Kena rajin tau! Kalau korang malas, haa sampai bila-bila lah muka tu macam kulit limau hehe. Selamat mencuba!