Media Massa Tidak Adil Terhadap Pemandu Bas Yang Merempuh 10 Buah Kenderaan


DUNIA TIDAK ADIL!

Teman simpati dengan pemandu Bas yang kemalangan berhampiran terowong Menora tempohari dan melanggar 10 buah kenderaan menyebabkan kecederaan 2 orang penumpang kenderaan lain. Kenapa teman simpati?

Setelah berlaku kemalangan, beliau direman untuk siasatan. Setiap hari berita memaparkan beliau mempunyai 9 saman tertunggak. Isu saman tertunggak inilah yang menjadi topik utama terhadap beliau. Paparan berita ni seolah menunjukkan beliau pemandu yang cuai, tidak mengikut peraturan jalanraya dan bersalah.

Apa yg tidak dipaparkan media, apakah kesalahan dari 9 saman tersebut? Apakah kesalahan tersebut berlaku semasa beliau memandu Bas atau semasa memandu kenderaan lain (kereta sendiri atau motorsikal). Berapa lamakah tempoh 9 saman tersebut berlaku, mungkin 9 saman selama 9 tahun atau bagaimana? Mengapa saman ini tidak dibayar, mungkin kerana pendapatan sebagai pemandu Bas dan mempunyai bilangan tanggungan yang ramai?

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Apa yang teman kesalkan, media seolah meletakkan beliau sudah BERSALAH kerana adanya 9 saman lampau..paparan berita setiap masa mengulangi isu 9 saman tersebut! Sepatutnya kejadian sebenar pada hari tersebut lebih patut di ambil perkiraan. Melihat kepada video kejadian, nampaknya seperti brek bas tersebut gagal berfungsi. Jika benar brek yang gagal berfungsi, beliau dilihat telah berusaha masuk ke lorong tengah dan berusaha bertindak mengawal bas daripada berlaku kejadian lebih buruk. Mungkinkah beliau juga layak diberi penghargaan kerana berjaya mengelakkan berlaku kemalangan jiwa dalam keadaan yang sangat genting?

Jika benar brek bas gagal berfungsi, apakah ada pihak yang gagal membuat maintainance yang cukup kepada bas tersebut? apakah ada pihak yang mengambil mudah menggunakan alat ganti tiruan dengan kualiti rendah tetapi claim harga yg asal? apakah ada berlaku salah guna kuasa ketika meluluskan bas tersebut bergerak diatas jalanraya? Atau, ia memang kemalangan yang bukan kerana kecuaian sesiapa…

bas2

Jika 9 saman tertunggak sebagai indikator meletakkan beliau pemandu bermasalah, mungkin driver Pak Menteri lebih banyak saman tertunggak, driver ketua2 jabatan kerajaan mempunyai puluhan saman tertunggak. Bahkan mungkin lebih ramai rakyat Malaysia lain yang mempunyai saman tertunggak yang lebih banyak. Apakah semua pemandu yang mempunyai saman tertunggak terus dinilai pemandu cuai? Apatah lagi, Malaysiaku terkenal dengan para penguasa yang mencari jalan penyelesaian isu jalanraya hanya dengan Saman!

Oleh itu, teman berpandangan, berpadalah, berlaku adil sesama insan, janganlah kita menghukum orang yang belum tentu bersalah. Beliau ada keluarga, ada anak isteri, ada ibu bapa mungkin.. apakah bila berlaku kepada keluarga sendiri baru kita mahu keadilan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat