Bom Perang Dunia Kedua Punca Letupan Di Kawasan Pembinaan MRT
Letupan bom lama peninggalan Perang Dunia ke 2 dikenal pasti punca tragedi menyebabkan tiga pekerja parah dalam kejadian di tapak pembinaan MRT Bandar Malaysia, dekat Sungai Besi.
“Ia adalah bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja pembinaan sedang dijalankan,” Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.
Berikut merupakan sedikit info tentang kejadian tersebut;
1. Jenis bom tidak di jelaskan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak menjelaskan dengan terperinci jenis bom itu dan hanya memberitahu The Star, “Bom itu meletup dengan sendirinya semasa kerja-kerja pembinaan sedang berjalan”.
2. Dua pekerja pembinaan putus kaki semasa letupan
Malang tidak berbau apabila tiga pekerja warga Bangladesh cedera parah dan dua daripadanya putus kaki manakala seorang lagi pekerja cedera di tangan serta kaki.
Mangsa yang terlibat di hantar ke hospital Kuala Lumpur dan di laporkan berada dalam keadaan yang stabil.
3. Ini bukan pertama kali bom peninggalan Perang Dunia Kedua dijumpai di kawasan pembinaan
Yang peliknya, ini bukan pertama kali kejadian seperti ini berlaku di negara kita. Bulan Julai yang lepas kecoh tentang penemuan sebiji bom aktif yang dipercayai dari Perang Dunia Kedua ditemui di Sandakan, Sabah. Tapi mujurlah bom ini selamat di nyahaktifkan oleh pihak berkuasa sebelum mendatangkan lebih bahaya kepada msayarakat.
Walau bagaimanapun, di harapkan pekerja-pekerja yang terlibat dalam tragedi ini tidak trauma dan di harapkan pembinaan MRT tidak terjejas oleh insiden ini.