Ramai yang menyatakan bahawa Muzik Itu Melalaikan, Namun Tahukah Anda Akan 5 Kelebihan Mendengar Muzik

Sumber Rujukan : wanista

Muzik merupakan satu medium untuk seseorang itu menenangkan diri mereka dengan menghayati dan mengikuti setiap bait patah perkataan lirik lagu tersebut. Tahukah anda muzik juga merupakan satu terapi dalam kehidupan seharian. Terapi muzik juga bertindak sebagai satu ubat untuk jiwa dan perkembangan kesihatan dalam diri seseorang itu.

Bagi sesetengah orang mereka menganggap bahawa muzik ini melalaikan kehidupan seharian mereka dan menjadi punca kepada keserabutan dalam diri mereka juga. Walaupun kenyataan ini tidak dapat disangkal namun bukan semua orang berpendapat sedemikian. Mengikut kajian muzik secara tidak langsung dapat mempengaruhi otak untuk meredakan ketegangan.

terapi muzik

Dalam kajian, terapi muzik ini di kategorikan kepada dua iaitu muzik aktif dan pasif. Terapi muzik ini didapati telah meningkatkan kedua-dua kawalan motor dan fungsi emosi pada pesakit yang mempunyai pelbagai penyakit atau ketidakupayaan.

Tertarik untuk kami tentang kelebihan dalam mendengar muzik yang dilaporkan oleh Portal Kesihatan hellodoktor ini,

Kelebihan Mendengar Muzik

1. Membantu simptom autism

Bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa yang menghidap autism sentiasa mengalami kesukaran dalam menyampaikan emosi dan empati mereka kepada orang lain. Maka dengan terapi muzik ini boleh membantu mereka untuk mengurangkan tekanan dalaman dan halangan dalam berinteraksi.

2. Mengurangkan kebimbangan dan stres

Mendengar muzik secara semulajadi dapat melegakan tekanan, dan apabila dilakukan dalam persekitaran sesi terapi yang terkawal, ia boleh menurunkan tahap hormon tekanan di dalam badan dan membantu seseorang mengawal mood dengan lebih baik.

3. Membantu perkembangan janin

Bagi ibu yang sedang menimang cahaya mata seeloknya mereka memainkan muzik bagi bayi yang sedang berada di dalam kandungan mereka. Penyelidikan menunjukkan bahawa memainkan muzik yang diarahkan pada rahim semasa kehamilan menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih responsif terhadap muzik selepas lahir. Menariknya, muzik juga boleh mempengaruhi perilaku positif neonatal. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan tahap tekanan dan mengimbangi hormon ibu.

4. Menyihatkan jantung

Percaya atau tidak, apabila anda mendengar muzik, tubuh akan bertindak balas tanpa anda sedari. Muzik boleh mempengaruhi kadar jantung dan membantu meningkatkan tahap tekanan darah. Ini kerana muzik mempunyai keupayaan untuk menurunkan tekanan dan kebimbangan, yang secara langsung menurunkan tekanan darah.

5. Membantu depresi

Sebelum memilih ubat-ubatan, terdapat pelbagai cara semulajadi untuk meningkatkan mood dalam jangka panjang seperti bersenam dan meditasi (menenangkan diri). Apabila anda mula bekerja, perkara luar biasa mula berlaku terhadap tubuh dan minda anda. Oleh itu, penyelidik mendapati terapi muzik boleh membantu, bukan sahaja meningkatkan mood depresi tetapi mengawal kadar degupan jantung, kadar pernafasan dan tekanan darah.

Maka ubah persepsi anda terhadap muzik itu sendiri. Cuba dekatkan diri anda dengan muzik. Dengarilah apapun jenis muzik yang dapat menarik minat anda kerana semuanya mempunyai manfaat yang tersendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat