Guna Bakul & Basikal, Pengorbanan Ayah Hantar Anak Ke Sekolah Buat Ramai Ingin Hulur Bantuan


Pengorbanan seorang insan hebat iaitu ayah ini sangatlah besar. Walaupun kadang kala mereka tidak menunjukkan kasih sayang dan sering berlagak tidak kisah akan anak-anaknya namun dia lah yang paling banyak berfikir.

Berfikir tentang masa depan anak-anak, berfikir apa yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak. Walaupun kebanyak si ayah ini buat endah tak endah namun jauh di sudut hati mereka sangat mengambil berat.

Lebih-lebih lagi ketika anak-anak jatuh sakit atau ditimpa masalah, si ayah lah antara individu yang paling risau. Jika si ibu kasih sayangnya tidak pernah berselindung namun lain pula dengan si ayah, sering berselindung namun sangat mengambil berat secara diam

Guna Bakul & Basikal, Pengorbanan Ayah Hantar Anak Ke Sekolah Buat Ramai Ingin Hulur Bantuan

Berkenaan dengan individu yang digelar ayah ini, terbaharu viral sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan kegigihan dan pengorbanan seorang ayah. Pengorbanan sang ayah menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki basikal cukup membuatkan orang ramai sebak.

Orang ramai berasa sedih dan sebak bukanlah kerana si ayah tersebut menaiki basikal semata-mata namun disebabkan dia meletakkan bakul belakang. Manakala anaknya yang ingin dihantar ke sekolah itu diletakkan di dalam bakul merah.

Tidak tahu berapa jauh si ayah tempuhi untuk sampai ke destinasi, namun dia dilihat sangat gigih mengayuh basikal dengan laju sekali. Mungkin takut anak kesayangan sampai lewat di sekolah. Walaubagaimanapun, video yang dikongsikan oleh Adillah Sirazudeen cukup membuatkan orang ramai berasa sebak dan ingin membantu.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang menulis kalau kita merasa susah ada lagi yang lebih susah.

Allah, tak boleh tengok macam ni..

“Allahuakhbar rasa susah sekarang ni, sebab baru dapat gaji tapi kena bayar macam-macam. Ada benda yang kita nak tapi tak boleh beli, tapi bila tengok ni, beruntungnya aku saat ini”, tulis haumea@eris.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyeru orang ramai untuk sama-sama memberi sumbangan kepada pakcik berkenaan bagi membeli sebuah motosikal untuknya. “Pakat sumbang sorang sikit bantu belikan motor untuk ayah ni”, tulis MYBOB_BRAVO_93 PS.

Tidak kurang juga ada yang tag Ustaz Ebit Lew agar memberikan pertolongan kepadanya.   “@ustazebitlew tolong ustaz”, tulis Don Gobes

 

pengorbanan ayah

Sedih bukan apabila melihat pengorbanan ayah yang cukup luar biasa ini. Demi memastikan anak ke sekolah dengan selamat, sang ayah sanggup menghantar dengan menggunakan basikal. Bahkan meletakkannya di dalam bakul untuk memberikan rasa yang lebih selesa.

Oleh itu, kalau kita rasa kita susah, tengok balik sekeliling kita, ada lagi mereka yang lebih susah. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan jangan loket untuk menghulurkan bantuan sekiranya kita mampu.

Sumber: TikTok Adillah Sirazudeen

Baca juga: “Nasib Brader Tu Ada..” Lampu Isyarat Rosak, Lelaki Tampil Jaga Laluan Dipuji Ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat