Kanser Paru-Paru: Lelaki Merupakan Golongan Majoriti Yang Menghidap Kanser Paru-Paru – Daily Rakyat

Kanser Paru-Paru: Lelaki Merupakan Golongan Majoriti Yang Menghidap Kanser Paru-Paru


Barah atau Kanser merupakan pembunuh yang paling tinggi di dunia. Namun di Malaysia, kanser paru-paru merupakan pembunuh utama terutamanya bagi kaum lelaki. Hal ini kerana majoriti golongan lelaki di Malaysia merupakan perokok tegar. Kanser ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya individu itu sendiri tidak merokok ataupun cuba menjauhkan diri dari perokok.

Kanser ini selalunya akan bermula di bahagian bronchi atau bronchioles. Namun kebanyakan kanser ini hanya dikesah apabila berada diperingkat yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Hari ini kami sangat berbasar hati untuk berkongsi sedikit sebanyak tanda-tanda yang mungkin anda mengalami kanser paru-paru.

Barah atau Kanser

Tanda-Tanda Barah atau Kanser Paru-Paru

1. Batuk Yang Berpanjangan

Batuk merupakan masalah kesihatan yang normal. Batuk mungkin juga disebabkan oleh jangitan kuman pada pernafasan atau selsema. Sekiranya anda batuk melebihi dari 2 minggu, saya nasihatkan agar terus berjumpa doktor pakar untuk membuat pemeriksaan. Pemeriksaan sama ada doktor akan mendengar bunyi batuk anda taupun melakukan ujian x-ray terhadap anda.

 

2. Sesak Nafas

Kanser atau barah paru-paru akan menyebabkan berlakunya penyempitan saluran pernafasan. Ini akan menyebabkan penghidap kanser mengalami masalah pernafasan dan sesak nafas.

Sekiranya cepat merasa susah untuk bernafas dan sesak nafas walaupun melakukan aktiviti ringan, jangan abaikan perkara ini. Cepat-cepatlah dapatkan rujukan daripada doktor. Jangan biarkan anda berada ditahap kritikal baru bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rawatan.

 

3. Sakit Pada Bahagian Dada

Jika seseorang itu menghidap kanser paru-paru, ia akan menyebabkan anda merasa sakit pada beberapa bahagian tertentu pada tubuh seperti sakit pada bahagian dada, belakang dan bahu. Ketidakselesaan pada bahagian dada mungkin disebabkan oleh pertumbuhan kanser paru-paru. Jangan ambil ringan perkara sebegini. Dapatkan rujuk daripada doktor dan terangkan secara terperinci simpton yang anda rasa.

 

4. Suara Serak dan Kasar

Mungkin perkara ini normal terutamanya bila demam ataupun selsema. Sekiranya perkara ini berlarutan melebihi 2 minggu, mungkin terdapat sesuatu yang lebih serius daripada demam biasa. Sekiranya orang sekeliling kita menegur tentang suara kita yang berubah menjadi kasar atau pun serak, perhatian yang lebih serius harus diberikan sekiranya perkara tersebut melebihi 2 minggu.

 

5. Kehilangan Berat Badan

Sekiranya anda tidak melakukan sebarang aktiviti, tetapi berat badan anda menurun, jangan seronok ye semua. Ini kerana mungkin berpunca daripada kanser paru-paru. Penurunan berat badan ini disebabkan oleh penggunaan tenaga yang digunakan oleh sel-sel kanser tersebut.

 

6. Kesakitan Pada Tulang

Apabila dibiarkan, barah ini akan merebak ke tulang dan menyebabkan sakit pada bahagian belakang. Kesakitan pada bahagian akan bertambah apabila waktu malam ketika anda membaringkan diri. Mungkin anda akan tertukar sama ada sakit yang berpunca daripada otot atau tulang, namun sakit tulang akan lebih menjadi-jadi apabila anda melakukan lebih banyak pergerakan. Sekiranya dibiarkan berlarutan dan kanser merebak ke tulang belakang, ia akan menyebab kelumpuhan kepada individu tersebut.

 

Rawatan kanser paru-paru adalah bergantung kepada jenis kanser, tahapan kanser dan keadaan pesakit. Rawatan utama bagi pesakit ini adalah dengan melakukan pembedahan bagi membuang kanser yang terlibat. Pesakit yang mempunyai risiko seperti penghisap rokok yang mempunyai simptom masalah paru-paru perlulah menjalani beberapa ujian untuk memastikan pesakit tidak mempunyai penyakit yang serius seperti kanser paru-paru.

Mencegah itu lebih baik dari merawat. Marilah bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat