Dua Pembunuhan Kejam Terhadap Pegawai Tertinggi Di Malaysia


1) Datuk Mazlan Idris

Datuk Mazlan Idris yang telah dibunuh oleh bomoh wanita Mona Fandey atau nama sebenarnya Maznah Ismail yang telah menggemparkan negara pada masa dulu.

[ARTIKEL BERKAIT : KES MONA FENDY PALING TINGGALKAN KESAN ]

Datuk Mazlan, iaitu seorang ahli politik yang merangkap ADUN Batu Talam, Raub Pahang. Mayat mangsa ditemui 10 hari kemudian dan cara mangsa menemui ajalnya melampaui pemikiran batas manusia normal. Pembunuhan ini juga disifatkan tanpa peri kemanusiaan.

Pembunuhan paling ngeri melibatkan tokoh politik tanah air. Pembunuhan ahli politik itu telah dirancang dengan rapi dengan mengorek lubang di dalam stor untuk menanam mayat mangsa seminggu sebelum mangsa dibunuh. Mangsa dipercayai dibunuh antara jam 10 hingga 12 malam pada 2 julai 1993.

Pembunuhan berlaku ketika mangsa dipercayai semasa upacara mandi bunga bagi upacara kekebalan serta mengukuhkan kedudukannya dalam bidang politik. Upacara mandi bunga dijalankan dengan mangsa diarah berbaring di atas lantai di dalam bilik air untuk disiram. Mangsa kemudian diarah menutup mata dan diletakkan bunga dikedua-dua belah mata dengan tujuan mangsa tidak membuka matanya, dan diminta bersabar sehingga selesai upacara. Disebabkan percaya dan terlalu taksub kepada unsur-unsur spiritual mangsa menjadi korban.

Leher Mazlan ditetak sebanyak tiga kali sehingga putus sementara tubuhnya dikerat kepada 18 bahagian, disiat-siat dan dilapah dengan kulit dan dagingnya dikumpulkan dalam besen. Mayat yang sudah dipotong itu kemudiannya dimasukkan ke dalam lubang sebelum ditimbus dengan simen.

2) Anthony Kevin Morais

Anthony Kevin Morais Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara yang telah dibunuh oleh individu yang tidak diketahui oleh umum. 

Dia diculik, dibunuh dan tidak cukup dengan itu mayatnya disimen dalam tong serta dicampak begitu saja. Kejam sekali! ‘Dosanya’ hanya kerana dia bersungguh-sungguh untuk mendakwa satu kes rasuah melibatkan seorang doktor tentera.

[ARTIKEL BERKAIT : ANTHONY KEVIN MORAIS: Berikan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) Untuk Mendiang]

Berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan. Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek.

Mayat Kevin Morais ditemui dalam sebuah tong berisi konkrit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1. Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara.

Sumber : Biodata & Gambar Mayat Kevin Morais Dibunuh Kejam | melvister.com
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/82258

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat