“Urgent Kot..” Pemandu Subaru Forester Memotong & Memandu Secara Merbahaya Menimbulkan Kemarahan Orang Ramai


Bab kata guru lesen memandu, mereka yang mengambil lesen ini adalah bakal pengganti mereka yang maut di jalan raya. Bukan mendoakan, namun kata-kata tersebut adalah sebagai satu nasihat agar para pemandu sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan buat jalan raya yang kita lalui itu seperti jalan raya milik kita seorang sahaja. Ramai lagi pengguna jalan raya dan rata-ratanya darinya adalah suami orang, isteri orang, anak orang, tunang orang dan pastinya kesayangan seseorang.

“Urgent Kot..” Pemandu Subaru Forester Memotong & Memandu Secara Merbahaya Menimbulkan Kemarahan Orang Ramai

Jadi beringatlah saat memandu di jalan raya, kalau tidak ingat akan nyawa sendiri pun ingatlah nyawa orang tersayang dan orang yang menyayangi anda.

Berkenaan dengan memandu secara merbahaya ini, terbaharu viral berkenaan dengan pemandu kereta Subaru Forester yang memandu kereta dalam keadaan menakutkan. Seolah-olah tidak kisah akan nyawa dirinya sendiri dan orang lain.

Pemandu Subaru Forester tersebut dilihat memotong kenderaan dalam keadaan yang menakutkan. Lebih-lebih lagi ketika itu dia berada di jalan raya menghala ke Cameron Highlands dan pastinya jalan tersebut sangat kecil.

pemandu kereta

Namun pemandu berkenaan terlampau berani kerana memandu dengan laju dan memotong kenderaan lain secara berbahaya. Malah menerusi video yang dikongsikan oleh Dashcam Malaysia itu dapat dilihat Subaru Forester putih itu mencelah masuk secara tiba-tiba dan kemudiannya memotong dengan bersahaja. Kelihatan hampir bertembung dengan kereta lain dari hadapan.

@dashcam_myMemang merbahayakan orang lain macam ni 😓♬ original sound – Dashcam Malaysia 🇲🇾

https://www.tiktok.com/embed.js

Dia nak berak agaknya..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang berasa berang dengan pemanduan pemandu kereta berkenaan namun ada juga yang berseloroh menyatakan mungkin dia nak berak.

“Dia nak berak agaknya”, tulis pemilik akaun TikTok Imran.

Tidak kurang juga ada yang menyarankan agar membuat laporan polis. “Buat laporan dekat balai Cameron tu, dia tak boleh lari mana’, tulis Allanliew.

Manakala en_ijam juga turut meninggalkan komen menyatakan jalan Tapah ke Cameron Highlands ini memang sempit namun ada juga pemandu yang tak reti sabar. ” Jalan Tapah ke Cameron Highlands ni memang sempit tapi ada juga pemandu yang tak reti sabar”.

Memandu dalam keadaan sedemikian rupa ia bukan sahaja membahayakan nyawa diri sendiri namun juga turut membahayakan nyawa orang lain. Moga ada tindakan yang diambil kepada pemandu yang memandu kenderaan secara berbahaya ini.

Walaupun ada kecemasan sekalipun, janganlah sehinggakan membahayakan diri sendiri dan orang lain. Bukan kah lebih baik jika memasang lampu hazard dan memandu kenderaan dengan lebih berhati-hati.

Semoga perkara sebegini tidak lagi berulang dalam kalangan kita. Memandu lah secara berhemah. Sayangilah nyawa diri sendiri dan orang lain.

Kredit: TikTok Dashcam Malaysia 🇲🇾

Baca juga: Nampak Budak Perempuan Seorang Diri Di Tepi Jalan, Pasangan Suami Isteri Ini Nekad Selamatkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat