5 Kebaikan Air Kosong
Adakah anda tahu kepentingan minum air kosong? Berapa banyak anda perlu minum? Adakah anda pasti anak anda mengambil air kosong mencukupi pada setiap hari? Kepentingan minum 6 hingga ke 8 gelas setiap hari adalah perlu bagi fungsi fisiologi dalam badan, mengawal suhu tubuh dan perkumuhan. Selain itu, air kosong juga dapat melindungi organ dan tisu dalam badan manusia.
Kelebihan-kelebihan Minum Air Kosong:
1) Meningkatkan Prestasi Fizikal
Sekiranya anda tidak cukup air dalam badan, peningkatan fizikal anda akan berkurang dan menyebabkan badan anda berasa lesu. Perkara ini sangat penting sekiranya anda memulakan gaya hidup aktif dan kerap bersukan. Banyakkanlah minum air kosong, agar badan kekal hidrat. Ia juga, boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang berkalu semasa senaman intensif yang anda lakukan.
2) Kulit Semakin Sihat
Sel dalam kulit tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya kekurangan air. Air mengandungi nutrien yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan sekali gus menjadikan kulit lebih sihat dan segar. Kandungan air yang mencukupi boleh menjana sel-sel baru bagi kulit dan rambut. Jadi, kulit anda akan lebih ‘bernyawa’ dan tidak kusam lagi jika anda minum air secukupnya.
3) Mencegah dan Merawat Sakit Kepala
Kekurangan pengambilan air kosong dapat menyebabkan sakit kepala kerana otak kita terdiri daipada 80% air. Kesan dehidrasi juga dikesan antara punca utama pening kepala disebabkan aliran darah ke kepala menjadi lemah. Kesan dehidrasi yang lebih buruk boleh menyebabkan migrain. Jadi jika anda mengalami sakit kepala anda perlu minum air kosong secukupnya kerana ia dapat melegakan kesakitan anda.
4) Membantu Melegakan Sembelit
Adakah anda sedar apabila anda minum air secukupnya, anda lebih mudah membuang air besar atau air kecil? Minum air kosong dalam kuantiti 6 – 8 gelas setiap hari boleh melancarkan sistem pencernaan dalam badan kita. Ia juga dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori akan berjalan dengan efisien
5) Menurunkan Berat Badan
Air kosong ini amatlah bagus untuk orang yang sedang berdiet. Air kosong tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ia mampu mengurangkan berat badan dengan lebih cepat jika individu tersebut mengambil air kosong secukupnya. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, anda boleh memastikan kandungan air dalam tubuh anda mencukupi mengikut berat badan anda sendiri. Kuantiti yang ideal adalah sebanyak 1 liter air bagi setiap 25 kilogram.
Khasiat air bukan sekadar untuk membersihkan tubuh sahaja malah sebagai zat yang amat penting untuk tubuh badan kita. Kita boleh hidup tanpa makanan untuk beberapa hari tetapi tubuh badan kita tidak mampu bertahan lama tanpa minum air. Kekurangan air dalam badan boleh membawa kepada banyak jenis penyakit dan kemudaratan. Oleh sebab itu, sekiranya anda ingin menjaga kesihatan, hendaklah mulakan budaya banyakkan minum air kosong.