Tema Hari Kemerdekaan 2019 Dan Logo Sambutan – Daily Rakyat

Tema Hari Kemerdekaan 2019 Dan Logo Sambutan


Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini menggunakan tema ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia¬†Bersih’ yang memberi penekanan kepada kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Apa yang diharapkan melalui tema ini ialah, agar ia dapat menyalakan dan memupuk nilai integriti dan juga jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.

Logo :

  • Simbol orang melakukan gerakan riang sambil mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka bermaksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum yang hidup dalam keadaan harmoni, bersatu padu, seia sekata dan semestinya sayang kepada negara.

 

Lagu Tema :

Lagu Kita Punya Malaysia akan tetap berkumandang demi untuk menyemarakkan dan juga menyemai amalan budaya integriti dan juga menolak penerimaan rasuah.

 

Setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia, tema, logo dan juga lagu sambutan akan berubah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat