Percaya Atau Tidak? Ilmu Sihir Boleh Mengakibatkan Perbalahan, Penceraian Dan Perpisahan.
Mengenai perkara ini, tak semua yang percaya, bukan? Hanya orang yang pernah mengalami sahaja dapat merasai penderitaannya. Jika lambat di ubati, sihir ini boleh mengakibatkan perbalahan, perceraian, dan perpisahan.
Sihir pemisah mempunyai banyak jenis sihir pemisah. Antaranya ada yang terkena sihir pemisah suami isteri, sihir pemisah dengan tunang, sihir pemisah dengan sahabat, sihir pemisah dengan family.. Siapa yang terkena memang tidak akan sedar. Untuk lihat sama ada terkena atau tak, anda boleh lihat tanda2 di bawah.
- Kerap saking belakang, bahu tengkuk serta urat belikat kerap sakit.
- Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati.
- Kerap rasa resah gelisah, berdebar-debar tanpa sebab terutama bila tiba waktu asar ke atas.
- Kerap sakit kepala, makan ubat pun tetap sakit.
- Kerap kembung perut, sendawa angin.
- Kerap rasa berdenyut-denyut di bawah ari-ari bagi golongan wanita.
- Kitaran haid tak normal.
- Lambat mendapat zuriat.
- Menjadi rimas, lemas, dan cepat nak marah bila berhadapan dengan suami atau isteri.
- Kerap bergaduh besar walaupun berpunca dari perkara-perkara kecil.
- Ketika marah kerap minta cerai.
- Tidak suka tidur bersama.
- Nafsu tiada terhadap suami atau isteri.
- Tercium bau badan busuk dan hanyir, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri.
- Suka bersendirian di dalam bilik.
- Tidak suka tempat-tempat yang bising.
- Suka tidur lewat malam.
- Kerap mimpi bayi menyusu dan bermain dengan bayi.
- KerapĀ mimpi ular, kala jengking dan binatang-binatang yang berbisa.
- Kerap mimpi pasangan kita curang.
- Perasaan curiga dan cemburu buta yang kuat.
- Kerap bermimpi tempat-tempat kotor dan busuk.
- Kerap berbau kemenyan atau colok setanggi.
- Bila berjauhan dengan pasangan, perasaan rindu dan sayang amat-amat menebal.
- Kerap teringat dan merindui seseorang yang tidak dikenali atau yang dikenali.
- Menjadi resah gelisah bila terdengar azan dan ayat suci Al-Quran.
- Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain.
Di atas adalah serba sedikit tanda-tanda bagi orang yang terkena sihir pemisah. Sekiranya anda mempunyai banyak tanda yang sama di atas, dapatkanlah rawatan Islam berhampiran dengan anda. Jangan biarkan sehingga ia berlarutan kerana masa itu mungkin anda sudah terlambat dalam mengambil langkah pencegahan, kerana ia boleh membawa kepada kemusnahan rumahtangga anda.
Lepas kena ruqyah, barang sudah kena buang dan sedar sepenuhnya baru perasaan satu badan semua biru. Sering nampak kelibat di rumah pun salah satu tanda. Rasa macam ada benda sedang tengok kita.
Jadi percaya atau tidak bahawa ilmu sihir ini boleh mengakibatkan perbalahan, perceraian, dan perpisahan?
Sumber : Lulu Ibrahim
Tonton video dibawah: