Kambing Bercampur Babi?

Sumber Rujukan : BLOG, azizulhakim91

Umat Islam bukan sahaja diwajibkan untuk mencari rezeki daripada sumber yang baik, malah kita juga perlu memastikan setiap makanan dan minuman yang diambil itu tidak ‘jatuh’ dalam hukum haram. Allah  SWT menghalalkan sesuatu itu kerana ia baik untuk manusia dan diharamkan kerana ia memudaratkan manusia.

Berhubung dengan prinsip makanan halal ini, ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud: “Diharamkan kamu memakan bangkai binatang, darah yang mengalir, semua bahagian babi, binatang yang disembelih tetapi tidak menyebut nama ALLAH dan binatang yang mati kerana tercekik, terpukul, terjatuh, ditanduk, binatang yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat disembelih jika masih kuat bernyawa.’’ (Surah al-Maidah, ayat ketiga).

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan suatu kenyataan sahih daripada media yang menyiarkan berita mengenai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan cubaan menipu kandungan daging import selepas menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah. Reaksi ini boleh kita faham kerana apa sahaja produk makanan yang mengandungi daging babi atau bahan yang ada kaitan dengan babi bukan sahaja tidak halal, bahkan najis. Isu ini amat sensitif kepada umat Islam kerana berkait dengan hukum Allah SWT yang melibatkan makanan halal dan haram.

SEBANYAK 160 kotak daging babi disusun secara bercampur dengan 1,142 kotak daging kambing pada kontena pertama sekali gus membuktikan pengusahan tempatan produk sejuk beku itu sah melanggar syarat permit yang hanya membenarkan mereka mengimport daging kambing dari Australia. Itu adalah jumlah yang berjaya dirampas. Bayangkan berapa ribu tan yang dah terlepas dan masuk ke perut anak-anak kita.

Periksa daging yang ada di dapur kita sekarang! Disini disediakan bagaimana untuk membezakan daging babi ini.

Cara untuk mengenal pasti daging di rumah tu daging babi ataupun tidak:

1. Warna daging babi ni lebih pucat daripada daging lembu atau kambing. Kepucatan daging babi ni macam daging ayam sikit. Cuma susah sikit nak bezakan sebab kadang-kadang sindiket penyeludup ni rendam dan sebatikan dengan darah lembu dulu sebelum seludup.

Perbezaan dari segi warna.

2.Serat daging lembu ni lebih jelas dan tebal sikit. Cuba perhatikan serat/urat daging kat rumah kita tu. Jelas ke samar-samar?

Perbezaan dari segi serat.

3. Lemak pada daging babi pulak lebih anjal dan sukar dilepaskan berbanding daging lembu. Cuma kadang-kadang tu ada je beberapa bahagian lemak babi yang menyerupai lemak lembu.

Perbezaan dari segi lemak.

4. Tekstur daging babi jugak lembik dan mudah diregangkan. Cuba korang tarik daging kat dapur korang tu. Ada rasa macam lembik sikit tak teksturnya? Kalau teksturnya padat dan kaku insyaAllah daging lembu la tu.

Perbezaan dari segi tekstur.

5. Cuba korang hidu bau daging dulu sebelum masak. Kalau bau hanyirnya berbeza dengan bau hanyir daging yang biasa kita hidu tolong hati-hati sikit. Ataupun kalau korang beli daging kambing tapi tiada aroma kambing pun sila hati-hati.

 

Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

Syarikat-syarikat Bumiputera, badan-badan koperasi dan badan-badan bukan kerajaan Islam dan lain-lain, perlu melihat aspek makanan halal ini sebagai suatu keperluan dan terlibat secara langsung sebagai pengeluar dan pengedar produk makanan halal, dan bukanlah menganianya umat Islam dan orang bukan Islam yang tidak memakan daging babi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat