Azan Tidak Akan Berkumandang Di Baitulmaqdis
Rang undang-undang itu perlu dibentangkan dan dibahas sebanyak tiga kali di Parlimen Israel sebelum diwartakan menjadi undang-undang.
Media Yahudi melaporkan, rang undang-undang itu akan menghentikan laungan azan menggunakan sistem pembesar suara di masjid.
“Saya tidak dapat mengira jumlahnya, terlalu kerap rakyat daripada semua lapisan masyarakat dan agama mengadu kepada saya tentang bunyi bising sistem pembesar suara masjid semasa laungan azan” kata Netanyahu ketika membuka mesyuarat Kabinet.
Draf rang undang-undang itu dilihat menyasarkan masjid walaupun meliputi semua rumah ibadah.
Sebanyak 17.5 peratus penduduk Israel terdiri daripada bangsa Arab yang kebanyakannya beragama Islam dengan mereka mendakwa menjadi mangsa diskriminasi Rejim Zionis.
Baitulmuqaddis Timur juga dihuni oleh majoriti rakyat Palestin dan kaedah tradisional muazin melaungkan azan menggunakan pembesar suara boleh didengar di bandar itu.
Institut Demokrasi Israel, sebuah badan pemikir berkecuali bagaimanapun menolak rang undang-undang itu.