Bayi Comel Ditinggalkan Ibu Sendiri!
NEGARA semakin maju membangun dari ekonomi, politik ataupun sosial. Dalam kepesatan itu juga, masalah sosial yang agak kronik juga makin meningkat, seperti pembuangan bayi. Kemelut pembuangan bayi semakin berleluasa. Keadaan ini amat membimbangkan.
Dipetik daripada akhbar Harian Metro, polis telah menahan seorang remaja berusia 19 tahun dipercayai ibu kepada bayi yang telah mengaku meninggalkan bayinya yang baru dilahirkan di Kampung Lubok, Semerah, Batu Pahat, Johor.
Remaja yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sambilan itu telah melahirkan bayi perempuan pada kira-kira 12.30 tengah malam, Jumaat. Dia telah mengaku bersalin kepada bayi itu di anjung kediaman yang terletak di seberang jalan dari rumahnya sebelum meninggalkan bayi itu dan dijumpai oleh tuan rumah yang pulang dari rumah anak mereka.
Kerana terkejut melihat bayi yang terbaring dengan kesan darah di anjung rumah, mereka terus menghubungi pihak polis.
“Remaja itu mengaku pergi ke rumah pasangan itu kerana sakit perut, sebelum melahirkan bayinya,” kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa.
Menurutnya, remaja itu telah ke rumah pasangan terssebut kerana sakit perut sebelum melahirkan anaknya di anjung rumah.
Hasil siasatan telah mendapati bayi tersebuat adalah hasil hubungan tidak sah remaja itu dengan teman lelakinya. Bayi 3.1 kilogram itu dalam keadaan sihat dan stabil dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan selanjutnya.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.