5 Tempat Menyimpan Wang Yang Paling Terbaik


Menyimpan

Tahun 2020 semakin tiba, kajian mendapati 3 daripada 4 rakyat Malaysia tidak dapat atau tidak ada simpanan kecemasan walaupun RM1000. Oleh itu, kita perlu mula dari sekarang.

Jadi berapa peratus yang perlu disimpan dari gaji kita. Ada yang sarankan 20% hingga 60% daripada gaji kita. Tidak kisah 20%,30% atau 60% sekali pun, itu tidak penting. Yang penting kita ada disiplin untuk menyimpan dan tahu tempat terbaik unutk menyimpan. Ianya bergantung kepada komitmen dah tahap kemampuan masing-masing.

Berikut adalah 5 Tempat Menyimpan Wang Yang Paling Terbaik :

1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Menyimpan

Tetapkan matlamat pelaburan ASB. Contohnya :

  • Membeli rumah
  • Untuk perbelanjaan khawin
  • Melancong ke luar negara

Mesti tahu dan bezakan pelaburan ASB dan pinjaman ASB

  • Pinjaman ASB akan menjurus kepada ‘force saving’, manakala pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB.

Pelaburan kita mesti mengikut kemampuan

  • Tentukan komitmen bulanan kita sendiri, kerana hanya kita yang tahu berapa kita punya pendapatan dan hanya kita lebih tahu kemampuan bulanan kita.Contoh : Kita mampu membuat simpanan ASB sebanyak RM1000 sebulan. Maka,
    Pecahkan kepada dua : Force Saving (RM700) & Simpanan ASB (RM300).Kita juga perlu ingat simpanan ASB biasa penting juga, incase kalau ada emergency. Boleh guna dulu duit dalam simpanan ASB. Jangan sesekali tamatkan pinjaman ASB anda tanpa alasan yang munasabah.

Cara Mendaftar ASB secara online (My ASNB)

  1. Bawa IC ke pejabat ASN.
  2. Dapatkan kiosk, masukkan ic dan verify cap jari.
  3. Kemaskini no telefon dan email. Tick untuk terima penyata online. Hantar.
  4. Kemudian lawat website : www.myasnb.com.my
  5. Klik ‘Daftar sini’
  6. Isikan apa yang patut, sistem akan hantar no TAC ke handphone dan akan buat verification.
  7. Selepas itu, akaun anda sedia untuk di semak secara online.

2. Tabung Haji

Kelebihan menyimpan di tabung haji :

  • Modal awal yang rendah,
  • Modal simpanan dijamin,
  • Kos yang rendah,
  • Pemberian dividen dan bonus kompetitif,
  • Dividen dan bonus dikecualikan cukai,
  • Zakat dibayar pihak Tabung Haji,
  • Simpanan dan pengeluaran tanpa had,
  • Patuh syariah,
  • Simpanan untuk menunaikan Haji.

Menyimpan

3. Private Retirement Scheme (PRS)/ Skim Persaraan Swasta

Antara tawaran dan kelebihan menyimpan PRS :

  • PRS ini melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP.
  • KWSP + PRS = Pelan Persaraan Mantap!
  • Sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik.
  • Tambahan kepada Simpanan Persaraan. Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan persaraan KWSP seseorang.
  • Pelepasan Cukai Individu. Pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian (tambahan kepada Potongan Sumbanagn KWSP) bagi 10 tahun pertama.
  •  Tak ramai yang tahu ada peruntukan bajet 2017 untuk anak muda linkungan umur 20-30 an. Kerajaan mengumumkan pemberian sumbangan RM1,000 one-off di bawah Private Retirement Scheme (PRS) Youth Incentive.
  • Paling penting sekali, untuk pastikan Kualiti Hidup yang lebih terjamin ketika bersara!

Menyimpan

4. Emas

Menyimpan

Emas? siapa yang tak suka emas kan. Lagi – lagi kalau wanita. Jadi ni adalah antara kelebihan kalau kita menyipan emas :

  1. Nilai wang semakin merusut, nilai emas semakin naik
  2. Pelaburan yang selamat
  3. Mudah dicairkan
  4. Emas tidak boleh dimanipulasikan
  5. Emas sebagai perlindung kekayaan
  6. Portfolio simpanan dan sumber pendapatan
  7. Perlindungan dan keselamatan

Cara terbaik simpan emas

Untuk makluman semua, gold bar 1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal. Kosnya mungkin dalam linkungan rm210 – rm250 mengikut syarikat-syarikat yang berlainan.

Jadi alternatif terbaik untut simpan emas 1 gram sebulan,  ianya dah siap disediakan oleh Public Gold untuk orang-orang yang berpendapatan sederhana melalui akaun GAP.

Walaupun ia akaun emas, tetapi kita boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalau mahu). Dan yang pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh buka satu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu/bapa sebagai pemilik bersama).

5. Tabung Warna

Menyimpan

  1. Cara yang menarik, mudah dan untung. Tetapi perlukan disiplin yang tinggi.
  2. Anda perlu tetapkan warna tabung dahulu. Warna tabung yang anda perlu tetapkan adalah mengikut warna
  3. duit. Contohnya, jika pilih warna hijau dan oren (RM5 dan RM20), jadi anda perlu menyimpan duit kertas RM5 dan RM20 setiap kali anda terima duit tersebut.
  4. Anda tidak boleh belanjakan dengan menggunakan duit RM5 dan RM20 tersebut untuk perbelanjaan harian anda.
  5. Menyimpan duit mengikut warna bukan sahaja kelihatan menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima.
  6. Sampai je hujung tahun, anda boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.

Jadi selamat mencuba..

Happy Saving Everyone!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat