Apa itu Dadah ?


Apa itu Dadah?

Apa itu Dadah ? Dadah atau Bahasa Inggeris nya “drug” merupakan bahan kimia yang amat merbahaya kepada individu yang mengambilnya kerana ia mampu mengubah cara minda serta tubuh seseorang itu berfungsi. Isu ini menjadi isu harian dalam media massa kerana kurangnya kesedaran orang ramai. Namun tidak semua tahu bahawa dadah mempunyai beribu jenis bukan hanya ganja atau heroin.

Untuk pengetahuan , tanpa kita sedar yang kita sendiri telah menggunakan beberapa jenis dadah. Ubat seperti paracetamol atau antibiotik yang kita gunakan, kopi serta coklat yang kita minum turut mengandungi dadah yang diberi nama “caffeine”. Namun jenis ini tidak mendatangkan masalah seperti ketagihan yang melampau sehingga melibatkan orang ramai.

Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan jenis dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini.

JENIS-JENIS DADAH

  1. Opiat -Heroin,morfin,candu dan kodein
  2. Kanabis -Ganja,hashish
  3. Depresan -Sadatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranqualizer
  4. Stimulan -Jenis amfetamin dan kokain
  5. Halusinogen -Lyseregic acid diethylamide(LSD) meskalin, psilosibin

CIRI CIRI DADAH

  1. Mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)
  2. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  3. Diperolehi secara haram
  4. Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  5. Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial

KESAN DADAH TERBAHAGI KEPADA 4 

Penagih
Menjauhkan diri dengan masyarakat dan hanya bergaul dengan penagih serta penjenayah. Tidak mempunyai matlamat yang betul. dari segi fizikal, penagih kelihatan kurus, lemah , tidak terurus dan sentiasa dalam keaadan khayal. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti
kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Keluarga Penagih
Maruah serta nama baik keluarga akan tercemar. Ia sangat membebankan ahli keluarga kerana terpaksa menanggung kos rawatan seseorang penagih. Di samping, harapan dan impian yang ingin dilihat oleh kedua ibu bapa hancur begitu sahaja manakala kes penceraian dan perpisahan mungkin berlaku

Masyarakat
Kejadian jenayah seperti kes mencuri, rompakan, membunuh dan banyak lagi menyebabkan kehidupan masyarakat tidak tenteram. Untuk pengetahuan, 40% daripada banduan penjara adalah penagih dan sedikit sebanyak ttelan menganggu keamanan negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan barang terlarang ini.

Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible) dan kos tidak nyata(intangible)

Kos nyata termasuklah:-

  • Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
  • Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih
  • Kos bagi mengadakan program-program pencegahan
  • Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan
  • Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya

KESIMPULANNYA

Ibubapa memainkan peranan penting dalam mendidik serta menyedarkan anak anak bahawa dadah merupakan pemusnah kehidupan seseorang individu. Pastikan mengawal serta memantau pergaulan anak anak supaya tidak mudah terjebak dengan perkara yang negatif. Malah masyarakat sekeliling wajib bekerjasama dengan membanteras gejala ini daripada menjadi barah kepada negara kita. Jauhilah Dadah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat