Lagu Patriotisme Paling Popular Sepanjang Zaman

Sumber Rujukan : Free Malaysia Today

Seperti yang kita ketahui, bulan Ogos adalah bulan Kemerdekaan bagi negara kita, Malaysia. Kita akan menyambut hari kebangsaan tidak lama lagi yang jatuh pada tanggal 31 Ogos 2019.

Sejak beberapa hari ini, pasti kita akan terkenang lagu-lagu patriotik. Lagu-lagu patriotik masih lagi ditayangkan dan diperdengarkan di radio, televisyen atau di mana sahaja untuk menanam semangat cintakan negara dalam diri setiap warga Malaysia.

Terdapat banyak lagu patriotik, namun hanya beberapa sahaja yang terbaik dan popular yang masih didengar sehingga kini. Oleh yang demikian, kami kongsikan beberapa lagu patriotisme yang masih didengar dan menjadi pilihan semasa sambutan Hari Kemerdekaan.

Perwira

Perwira…
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira…
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

Dengarlah lagu ku cipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku

Ulasan : Lagu ini menjadi pilihan bukan sahaja lirik dan rentaknya yang sedap didengar tetapi menceritakan pengorbanan sang iateri yang sanggup melepaskan suamiya pergi berjuang di medan perang untuk mempertahankan tanah air tercinta. Tambahan pula, lagu ini dinyanyikan oleh Biduanita Negara iaitu Puan Sri Saloma.

Video Klip Lagu Perwira – Nyanyian Puan Sri Saloma.

Link untuk download : Perwira

Setia

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat

Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Ulasan : Lagu ini menginspirasikan untuk didengari walaupun rentaknya mendayu dayu kerana lagu ini bukan sahaja mendorong rakyat agar taat setia kepada Raja-Raja malah memberi khidmat bakti kepada negara supaya boleh terus makmur dan sejahtera.

Video Klip Lagu Setia

Link untuk download: Setia

Sejahtera Malaysia

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia
Dengan tekad untuk berjaya

Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran

Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara
Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

Ulasan : Lagu ini mengajak rakyat Malaysia supaya sentiasa bersyukur atas kemakmuran dan kedamaian negara kita. Juga menabur berbakti, menjaga perpaduan, bersatu padu dan berkorban untuk negara.

Video Klip Lagu Sejahtera Malaysia

Link untuk download : Sejahtera Malaysia

Barisan Kita

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya

Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara

Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

Ulasan : Lagu ini mengisahkan pengorbanan para perajurit negara yang iklas berjuang di medan perang untuk mempertahankan negara tercinta. Mereka sedia berkorban apa sahaja untuk kekalkan keselamatan dan kedaulatan negara.

Video Klip Lagu Barisan Kita

Link untuk download: Barisan Kita

Malaysia Tanah Airku

Malaysia oh tanah airku, Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa
Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia
Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku

Ulasan : Lagu ini menceritakan kehebatan dan keistimewaan negara Malaysia yang terkenal seluruh dunia. Lagu ini juga mengajak rakyat Malaysia untuk terus mencintai dan menjaga negara tercinta kerana Malaysia tanah air kita yang paling istimewa.

Video Klip Lagu Malaysia Tanah Airku

Link untuk download: Malaysia Tanah Airku

Inilah 5 buah lagu patriotik yang popular sepanjang zaman. Walau bagaimanapun, pasti anda mempunyai pilihan sendiri terhadap lagu patriotik yang anda suka. Teruskan menanam rasa cinta kepada tanah air dan teruslah memelihara keamanan negara yang kita kecapi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat