Isu Cikgu Fadli – Keputusan Lembaga Tatatertib Diketahui Hari Ini


Sejak beberapa hari kebelakangan ini, isu tentang Cikgu Fadli, tentang tindakan tatatertib, tentang Kementerian Pelajaran Malaysia hangat diperkatakan. Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira golongan, bangsa serta agama memberikan sokongan padu kepada beliau.

Ekoran isu tersebut, semalam, 17 Oktober 2022, pihak Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan telah bersidang dan keputusan tersebut bakal diketahui hari ini.

Isu Cikgu Fadli – Keputusan Lembaga Tatatertib Diketahui Hari Ini

Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia berkata, keputusan mengenai perbincangan dan persidangan tersebut bakal diserahkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan kepada ketua jabatan guru Matematik berkenaan hari ini.

Saya baru dimaklumkan persidangan atau mesyuarat Lembaga Tatatertib baru sahaja tamat sebentar tadi. Dan InshaAllah esok pihak urus setia berkenaan akan sampaikan keputusan berkenaan melalui ketua jabatannya.” katanya semalam kepada pemberita selepas sesi pengenalan jurulatih sukan Touch ternama dunia, Peter Walters di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 16 (1).

Pada Ahad lepas, Datuk Pkharuddin Ghazali, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang semalam. Persidangan tersebut diadakan selepas menerima surat representasi yang dikemukakan oleh Mohd Fadli pada Jumaat lalu.

Menurut Pkharuddin menerusi perkongsian video yang dibuat Ahad lepas, beliau  memaklumkan, surat yang diterima oleh Cikgu Fadli baru-baru ini tidak membawa maksud hukuman sudah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

Perkara berbangkit sudah diambil tindakan oleh kementerian – Dr Radzi Jidin

Dr Radzi Jidin berkata, perkara dibangkit Cikgu Fadli itu sudah diambil tindakan oleh kementeriannya dan memberi contoh isu beg berat.

KPM pada 6 Mac lalu memperkenalkan tujuh inisiatif bagi menangani perkara berkenaan antaranya penyusunan jadual waktu dan pemasangan lokar.” kata beliau.

Malah, mengenai silibus yang digunakan pula, Dr Radzi Jidin juga turut berkata, perkara itu sudah diperkenalkan sejak 2017. Selepas mengambil pandangan pelbagai pihak termasuk guru yang berpakaran dalam bidang masing-masing dan ibu bapa.

“Ini bukan perkara baharu, bila sesuatu silibus itu diperkenalkan ia akan melalui satu pusingan, ia bermakna untuk sekolah rendah silibus yang diperkenalkan pada tahun 2017 ini akan tamat pada 2022.”

“Jadi murid tahun satu pada 2017 itu naik ke darjah enam pada 2022, ia dikira satu pusingan. Manakala bagi sekolah menengah, pusingan bagi silibus yang diperkenalkan pada tahun sama tamat pada 2021 kerana mereka sehingga tingkatan lima sahaja.”

Saya sudah jelaskan banyak kali yang KPM terbuka dan ambil pandangan semua pihak berhubung isu silibus ini, kita sentiasa semak silibus ini. ” katanya.

Semoga keputusan yang dikeluarkan itu adalah yang terbaik. Semoga perjuangan Cikgu Fadli juga membuahkan hasil. Tak berani dan mampu berjuang seperti beliau, namun pemilik nama Mohd Fadli bin Salleh ini mampu.

Kredit: Harian Metro 

Baca juga: Lupa Anak Dah ‘Pergi’, Ramai Sebak Dengar Rintihan Lelaki Ini Panggil Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat