Selepas The Tinder Swindler, Kini Inventing Anna Cetuskan Trust Issue di Kalangan Penonton Netflix


Ditayangkan seminggu selepas dokumentari The Tinder Swindler, kini Netflix mempertaruhkan lagi kisah mengenai penipuan handal dari kes jenayah sebenar menerusi Inventing Anna.

Mungkin mudah untuk kita pura-pura menjadi orang kaya di media sosial, namun mampukah anda hidup dengan identiti lain dalam kehidupan sebenar seperti Anna Delvey ?

Daripada orang yang tidak dikenali, gadis dari Russia ini berjaya menempa nama di kalangan golongan elit di New York.

Seperti Simon Leviev dalam The Tinder Swindler, penipuan yang Anna lakukan bukanlah sedikit, tetapi mencecah ratusan ribu dollar !

Inventing Anna kini jadi rancangan bersiri terhangat di Netflix

Kredit Foto : Shondaland.com

Inventing Anna mengisahkan seorang wartawan, Viviana Kent yang sedang membongkar kisah sebenar Anna Delvey atau nama sebenarnya Anna Sorokin.

Gadis ini mengaku dirinya sebagai anak jutawan dari Jerman dan kononnya bakal mewarisi puluhan juta Pound Euros sempena hari lahirnya ke-25.

Anna berjaya memperdaya ramai golongan elit sambil hidup di dalam kemewahan yang sukar digambarkan. Dengan identiti palsu ini,

Anna Delvey juga terkenal sebagai orang yang sering mencari jalan untuk mengelak bila membayar. Ada kalanya dia juga bermurah hati untuk beri tips sekurang-kurangnya $100 kepada pekerja hotel dan pelayan restoran mewah.

inventing anna diadaptasi dari kisah jenayah sebenar

Kredit Foto :ruebensrambilngs.com

Siapa Anna Delvey di Inventing Anna?

Dari santapan di restoran mewah sehingga ke percutian ekslusif serata negara seperti di Maghribi, Ibiza dan Sepanyol, Inventing Anna menceritakan kisah hidup Anna Delvey dengan cukup terperinci. Anna sering ditemui di acara berprestij seperti Paris Fashion Week, restoran lima bintang dan resort mewah.

Di kalangan orang berpengaruh, Anna disifatkan sebagai seorang yang bersahaja, mudah menyesuaikan diri dan seorang yang cool. Dia juga bijak memanipulasi orang berpengaruh termasuklah pihak bank bagi membiayai cara hidupnya yang mewah.

Bukan sahaja hotel dan bank, dia juga pernah memperdaya syarikat penerbangan ekslusif dan berpeluang untuk menaiki jet peribadi dengan pembiayaan palsu.

Untuk menipu golongan elit di sekitar New York bukanlah perkara mudah namun gadis 25 tahun ini berjaya lakukannya tanpa diketahui pihak berkuasa selama hampir empat tahun.

Inventing Anna paparkan kisah peribadi Anna Delvey dengan terperinci

Kredit Foto : meaww.com

Identiti palsu ini juga menemukan Anna Delvey dengan kekasihnya Chase Usmani. Melalui Chase, Anna mampu bina jaringan dengan orang-orang besar seperti arkitek berprestij, pereka dan pemilik restoran mewah dan memujuk mereka untuk melabur di Anna Delvey Foundation, sebuah kelab seni ekslusif yang ingin Anna bangunkan.

Namun, hasratnya tidak tercapai apabila kegiatannya didedahkan oleh rakannya sendiri, Rachel Williams yang bekerja bersama NYPD ketika itu.

Anna akhirnya ditangkap pada tahun 2017 di Los Angeles atas beberapa tuduhan menipu dan mencuri dengan jumlah terkumpul sebanyak lebih daripada $200,000.

Inventing Anna turut ceritakan kejatuhan anna delvey

Netflix Bayar Anna Sorokin Lebih RM 1 Juta !

Jangan tak tahu, untuk Netflix menerbitkan Inventing Anna, syarikat streaming gergasi ini perlu membayar Anna Sorokin $320,000 (anggaran RM 1.3 juta) untuk mengadaptasi kisah hidup wanita ini ke rancangan bersiri !

Pembayaran ini perlu dilaksanakan di bawah undang-undang Son of Sam, iaitu undang-undang yang tercetus daripada kes yang sama seakan Anna suatu ketika dahulu.

Dalam undang-undang ini, penjenayah yang menerima wang atas hakcipta kisah hidup peribadi tidak dibenarkan untuk membuat sebarang keuntungan daripada publisiti awam.

Lebih menarik lagi tentang undang-undang Son of Sam ini, walaupun Anna tidak dibenarkan untuk gunakan wang yang diterima untuk kepentingan sendiri, dia masih boleh gunakan wang itu untuk bebaskan diri daripada belenggu hutang dalam sekelip mata.

Atas arahan pihak berkuasa, dia diarahkan untuk bayar ganti rugi kepada mangsa yang terbabit menggunakan wang yang didapati daripada Netflix.

Bukan mudah ya untuk kumpul duit lebih RM 1 juta untuk bayar hutang. Kalau kita nak bayar loan rumah pun kena ikat 30 tahun, apatah lagi hutang yang bernilai jutaan ringgit !

Memang tidak salah lagi tindakan Netflix untuk melabur pada kisah hidup wanita penipu ini. Kini, Inventing Anna menggungguli kedudukan nombor 1 dalam Carta Global Netflix bagi kategori rancangan bersiri.

Inventing Anna juga selesa dalam carta Top 10 bagi 88 buah negara serata dunia termasuklah Netflix Malaysia.

Di Manakah Anna Sorokin Sekarang ?

Inventing Anna diterajui oleh Julia Garner

Pelakon Julia Garner (kiri) melakonkan watak Anna Delvey (kanan) Kredit Foto : netflix.com

Memetik Town & Country, penipu licik ini sudah pun dilepaskan pada Februari 2021. Duit yang diterima dari Netflix pula telah digunakan untuk membayar ganti rugi kepada mangsa-mangsanya.

Dikhabarkan, wanita ini hanya bebas selama 6 minggu. Bila tempoh visanya tamat tarikh luput, dia telah ditangkap oleh pihak Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE).

Kini dia berada di pusat tahanan ICE. Buat masa ini, pihak ICE masih belum putuskan untuk hantarkan Anna ke Jerman semula.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat