Bagaimana Untuk Mengatasi Badan Berbau? Ketahui 4 Cara Ini


Badan berbau? Itu bermakna anda mengalami bromhidrosis. Bromhidrosis adalah bau busuk pada tubuh badan yang berkaitan dengan peluh. Peluh sebenarnya tidak mempunyai bau. Masalah bau badan ini bukanlah isu kesihatan dan kebersihan yang luar biasa dalam kalangan masyarakat. Tapi, ia disifatkan sebagai penyakit kronik. Jadi, bagaimana cara untuk mengatasi badan berbau? Jika mahu, anda boleh ikuti perkongsian pilihan rawatan berikut.

1-Botox

Botulinum toxin A (Botox), yang bertindak menghalang saraf dorongan pada otot boleh disuntik pada ketiak bagi menghalang saraf dorong kepada kelenjar peluh. Keburukan rawatan Botox adalah ia akan hilang selepas seketika. Oleh sebab itu, anda memerlukannya beberapa kali dalam setahun. Botox turut digunakan untuk perpeluhan pada tangan dan kaki.

2-Sedut lemak (liposuction)

Satu cara untuk mengurangkan peluh apocrine adalah mengeluarkan kelenjar peluh itu sendiri. Anda mungkin pernah mendengar mengenai sedut lemak yang digunakan untuk mengeluarkan lemak daripada bahagian perut atau pada bahagian tubuh lain. Tiub khas akan dimasukkan ke dalam tubuh dan lemak itu dikeluarkan.

Konsep sama digunakan kepada kelenjar peluh di bawah tangan. Tiub penyedut kecil yang dikenali sebagai cannula dimasukkan di bawah kulit. Ia kemudian digesel di sekitar bahagian bawah kulit untuk mengeluarkan kelenjar peluh. Proses ini boleh meninggalkan sesetengah kelenjar di kawasan yang boleh menyebabkan perpeluhan berterusan.

Dalam sesetengah kes, keputusan awal yang posotif pada perpeluhan dan bau yang kurang beri adalah kesan daripada saraf yang telah rosak. Apabila saraf yang telah dipegunkan semasa sedut lemak memperbaikinya sesama sendiri, masalah sama akan kembali.

3-Pembedahan

Cara invasif untuk mengeluarkan kelenjar peluh atau saraf yang mencetus perpeluhan adalah melalui pembedahan. Satu prosedur yang dikenali sebagai endoscopic sympathectomy menggunakan insisi kecul dan alat khas untuk memusnahkan saraf dalam dada yang membawa kepada kelenjar peluh di ketiak. Procedure ini berkesan selama 5 hingga 10 tahun.

Rawatan invasif minimal lain dikenali sebagai electrosurgery. Ia dilakukan menggunakan jarum kecil yang ditebat. Dalam jangka masa beberapa rawatan, doktor boleh menggunakan jarum tersebut untuk mengeluarkan kelenjar peluh.

4-Rawatan sendiri di rumah

Sebelum mencuba sebarang prosedur invasif, anda seharusnya mencuba strategi asas kebersihan diri. Cara ini boleh mengurangkan sejumlah bakteria yang berinteraksi dengan peluh.

Anda boleh mencuci kulit dengan kerap untuk meneutralkan bakteria yang ada pada tubuh. Mencuci menggunakan sabun dan air juga boleh membantu. Jika kawasan yang berbau itu terletak di ketiak, anda boleh fokus cuci di bahagian tersebut.

Sabun antiseptik dan sabun antibakteria mengandungi erythromycin dan clindamycin boleh juga membantu. Di samping itu, anda juga boleh menggunakan deodoran bagi meminimakan badan berbau.

Akhir kata:

Oleh kerana masalah bau badan berpunca daripada proses pemecahan sebum oleh bakteria, penghidap bromhidrosis digalakkan supaya menukar pakaian lebih kerap.  Di samping itu, penghidap bromhidrosis juga dinasihatkan supaya mandi dengan lebih kerap, sekurang-kurangnya dua kali sehari. Meskipun mandi bukanlah satu penyelesaian utama bagi masalah bau badan.

Semoga cara-cara untuk mengatasi badan berbau itu bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat