MENANG PIALA DI OXFORD : Ummi Abdullah Dari Kota Bharu Melakar Sejarah


Ummi Abdullah yang merupakan penerima biasiswa Yang Di-Pertuan Agong dalam PhD Molecular Oncology menewaskan 20 pelajar yang lain untuk memenangi Pingat Ita Askonas sebagai penyampai terbaik di Universiti Oxford.

Ita Askonas ini dianjurkan oleh MRC Weatherall Institut Perubatan Molekul (WIMM) dengan pelbagai syarat ketat seperti:

  1. Pemohon hendaklah mempunyai Kelas Pertama atau 2.1 darjah (UK) atau ijazah yang setaraf dengannya dari universiti di luar negara.
  2. Tidak pernah mengulang di mana mana subjek.
  3. Serta merupakan pelajar tajaan penuh di Universiti Oxford.

Ummi Abdullah dalam temuramah, telah memberitahu bahawa hasil kajian beliau “Activation of a Nuclease Defective in Fanconianaemia” selama 4 tahun di Oxford telah di bentangkan seringkasnya dalam 12 minit. Beliau juga menerima hadiah sebanyak 500 Pound bersamaan RM2,700.

Menurut Ummi, hasil kajian beliau melibatkan kajian mengenai protein dimana mutasi menyebabkan gangguan genetik. Dalam anemia fanconi sebagai contohnya, mutasi di dalam protein tersebut mempercepatkan kanser sekaligus menjadikan rawatan chemotherapy kurang efektif kepada pesakit tersebut.

Tahun lalu, anugerah ini dimenangi oleh Dan Puleston dengan hasil kerja beliau iaitu bagaimana sel-sel sistem imun mempunyai sistem pencernaan dalaman mereka sendiri, dan kepentingan fenomena ini dalam mengekalkan sistem imun ke usia tua.

Di dalam gambar, Ummi Abdullah yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan bergambar dengan Sir Paul Nurse, yang merupakan pemenang Anugerah Nobel dan Presiden Royal Society.

Image result for ummi abdullah university oxford

Biodata Ummi Abdullah:

  1. Berkahwin dengan Mohd Fathuallah, yang merupakan penulis buku 96 Kod Rahsia Kejayaan dan Rahsia Menambat Hati Pelanggan.
  2. Mula bersekolah di SRK Islah, Kota Bharu Kelantan sebelum berpindah ke Bermingham selama 3 tahun semasa ayahnya membuat PhD.
  3. Menerima anugerah Yang Di Pertuan Agong dan kemudiannya menyambung pelajaran ke bidang Bioteknologi di University of New York.
  4. Selepas lulus dengan kelas pertama, beliau terus diterima untuk menyambung PhD di Oxford Universiti.
  5. Tahun lepas, beliau memenangi tempat kedua dalam “Young Life Scientists” Simposium di Rennes, France.

 

Pandangan calon Doktor Falsafah (PHD) di Universiti Oxford, Ummi Abdullah.

Beliau yang baru menerima pingat ITA Askonas dari Universiti Oxford atas kecemerlangan kajian beliau, berpendapat sistem peperiksaan Malaysia tidak memberi ruang kepada pelajar untuk benar-benar berfikir, sebaliknya masih menjurus kepada hafalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat