Hilangkan Sunburn Guna 8 Bahan Yang Ada Dirumah


Tak sah kalau balik bercuti dari pulau tak dapat selaran matahari atau sunburn. Jangan cakap pergi pulau saja, yang berada di rumah, dekat tempat kerja, apatah lagi yang selalu ke site  semasa bekerja juga terkena sunburn.

Sunburn akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit terutama sekali sinaran matahari jam 10 pagi dan 3 petang. Waktu itu memang radiasi ultra ungu sangat kuat.

Mereka yang berkulit cerah lebih mudah terkena sunburn daripada orang yang berkulit gelap kerana mereka ini mempunyai kandungan melanin yang rendah. Kanak-kanak atau mereka yang mempunyai kulit sensitif juga lebih mudah terkena sunburn.

 

Bayangkan yang dah pakai sunscreen atau sunblock pun kulit masih terkena sunburn, apatah lagi mereka yang tidak memakai sebarang losyen atau krim pelindung UV langsung. Memang boleh gatal kulit dibuatnya. Kulit pun akan rasa panas dan kering sehingga merah dibuatnya. Tak elok tau!

Di sini saya nak kongsikan tips untuk hilangkan dan rawat kulit yang terkena sunburn. Hanya guna bahan semula jadi sahaja. Boleh ambil dekat dapur je.

#1 Ais Batu

Ketika kesan sunburn masih baru, basuh muka bersama air yang bercampur ais. Suhu sejuk pada ais akan membantu mengurangkan kemerahan serta melembapkan kulit. Sebelum gosok pada muka tu jangan lupa ambil ais yang kita nak minum dulu tau hihi boleh hilangkan dahaga

 

#2 Yogurt

 

Selain memberi efek glowing pada kulit muka, yogut juga berkesan untuk merawat kesan sunburn. Gunakan plain yogurt dan sapu di muka sebagai mask. Yogurt membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.

Kalau sapu dekat muka kalau tertelan atau termakan pun tak apa sebab tak bahaya pun. Sebelum pakai mask yogurt ambil dulu semangkuk keci untuk dimakan campur sedikit dengan buah buahan umph sedap nya hehe 😛

#3 Mayonis

Mayonis mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Anda cuma perlu sapu dan ratakan sedikit mayonis pada kulit yang terbakar dan rasai sendiri hasilnya.

Selain itu mayonis juga boleh disapu pada rambut ya, ia dapat membantu pertumbuhan rambut dan merawat rambut kering yang rosak 🙂

#4 Aloe Vera

Ni FAV saya hehe. Aloe vera ni bagus sangat sangat tau. banyak juga khasiat dia salah satu nya boleh rawat kulit yang terkena sunburn. Yang paling best aloe vera ni boleh disapu dekat semua bahagian badan.

Apa yang anda perlu ialah ambil beberapa tangkai daun lidah buaya (aloe vera) dan ambil lendirnya. Sapukan pada kulit wajah dan urut perlahan. Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit terbakar dan membantu menghasilkan sel kulit yang baru.

Kalau tak ada pokok Aloe vera boleh beli dekat farmasi/drugstore gel aloe vera yang dah siap.

 

#5 Baking Soda

Campurkan baking soda dengan sedikit cuka, lalu sapukan pada bahagian kulit yang terkena sunburn sebelum tidur. Biarkan semalaman dan bilas keesokan paginya.

Lepas guna cuka dan baking soda tu jangan lupa simpan dekat tempat yang sepatutnya karang esok tak jumpa pula nak masak atau nak but kek hihi

#6 Teh Hitam Atau Teh Hijau

Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannins dan komponen lainnya yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.

Ramai yang tahu teh hijau ni boleh menurunkan berat badan tapi teh hijau boleh juga guna untuk rawat sunburn tau. Cadangan saya, lepas minum teh hijau serbuk teh yang dalam uncang tadi jangan dibuang dulu. Baru jimat

 

#7 Timun dan Kentang

Timun dan kentang ni banyak khasiat juga, selalu kita tengok orang potong timun untuk letak dekat mata kan haaa kali ni lain sedikit boleh letak dekat mata dan juga muka.

Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.

#8 Tomato

Untuk mendapatkan kulit yang licin dan bersih ada yang menggunakan timati. Alang alang tomato juga boleh sunburn.

Apa yang anda perlu lakukan ialah, Cuci bersih sebiji tomato dan kemudian belah kepada 2 bahagian. Gosok pada wajah perlahan-lahan dan biarkan ia kering seketika. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat