Masih Letak Tuala Lembap di Dahi Ketika Anak Demam ? Doktor Ini Jelaskan Mengapa Ia Boleh Jejaskan Kesihatan Anak.


Apabila anak anda demam apakah perkara pertama yang ibu bapa biasa lakukan ? Sudah tentu ramai memilih untuk letakkan tuala lembap di atas dahi.

Cara ini sudah menjadi kebiasaan yang diamalkan secara dahulu lagi kononnya berkesan untuk menurunkan suhu badan dan menyerap haba panas dalam badan.

Mungkin ramai lagi yang belum tahu tetapi ia bukanlah kaedah yang baik untuk dipraktikkan ketika anak demam.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Mansor dedahkan perbuatan ini boleh menjejaskan lagi kesihatan anak di samping boleh mengundang risiko sawan. 

Jelas Dr Mansor melalui video TikTok yang tular baru-baru ini, tindakan menekap kepala dengan tuala lembap boleh menyebabkan haba terperangkap.

Ini boleh mengakibatkan suhu badan terus tinggi dan boleh menjadi punca serangan sawan. 

“Bayangkan seperti periuk nasi yang ditutup. Haba akan terperangkap jika tudung periuk tidak dilepaskan. Sekiranya haba terperangkap dan naik atas kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik”. 

cara letak tuala lembap di dahi boleh menyebabkan sawan

Kaedah Letak Tuala Lembap di Dahi Tidak Praktikal

 Mengulas lanjut, Dr Mansor juga melihat kaedah letak tuala lembap di dahi tidak praktikal kerana kanak-kanak sering menepis tuala yang diletakkan disebabkan tidak selesa. 

Tambahnya lagi, kaedah yang paling berkesan untuk kurangkan panas badan ketika anak demam ialah dengan menyapu air di bahagian kepala, leher dan ketiak menggunakan tangan.

Untuk turunkan suhu badan anak segera, Dr Mansor juga sarankan untuk ulanginya setiap lima minit. Namun, ibu bapa perlulah elakkan menyapu air di bahagian tangan dan kaki kerana ia boleh menyebabkan anak menggigil dan suhu badan kembali meningkat. 

Di samping itu, Dr Mansor juga sempat mengingatkan ibu bapa untuk tidak terus memandikan anak setelah diberikan ubat. Sebaik-baiknya, tunggulah selepas 2 jam sebelum dimandikan. 

Jelas beliau, suhu badan boleh turun mendadak dan meningkat lebih tinggi selepas dimandikan. 

Walaupun kaedah tuam kepala dengan tuala sering diamalkan ketika demam, namun ia bukanlah pendekatan yang baik. 

Jika tidak kena dengan cara, ia juga boleh menyebabkan anak sawan. Lebih-lebih lagi pada waktu pandemik ini, kesihatan anak perlulah dijaga sebaiknya.

Ketika anak demam, ibu bapa boleh sapu air pada kepala dan badan. Pastikan juga anak dimandikan 2 jam selepas makan ubat. Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi ibu bapa ketika merawat anak demam di rumah. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat