Didakwa 5 Pertuduhan Amang Seksual, PU Azman Mengaku Tidak Bersalah


Hari demi hari, semakin banyak kejadian pelik yang berlaku dalam kalangan kita. Bukan sahaja keadaan bumi yang pelik, manusia juga turut sama pelik perangainya. Ekoran kepelikkan manusia ini, fitnah semakin bermaharajalela.

Bukan sahaja orang biasa, malah golongan para ustaz, ustazah dan golongan ilmiah lain juga turut terpalit dengan fitnah ini. Bahkan fitnah yang timbul bukanlah fitnah yang biasa-biasa, namun cukup luar biasa.

Jika sebelum ini, Ustaz Ebit Lew difitnah dan disabitkan dengan kesalahan melakukan gangguan seksual namun PU Azman juga turut disabitkan dengan 5 pertuduhan amang seksual, seperti mana yang heboh di media sosial hari ini.

Didakwa 5 Pertuduhan Amang Seksual, PU Azman Mengaku Tidak Bersalah

PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 41, mengaku tidak bersalah selepas beliau didakwa di Mahkamah Sesyen di atas lima pertuduhan melakukan amang seksual. Tuduhan tersebut dilakukan terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai yang lalu.

Berdasarkan pertuduhan, PU Azman telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa lelaki berusia 17 tahun. Kesalahan yang dilakukan antara pukul 3 hingga 5 pagi itu dikatakan dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau pada 6 Julai lalu di sebuah rumah di Nilai.

Dalam masa yang sama, PU Azman turut berdepan dua pertuduhan. Yakni melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja lelaki berusia 16 tahun  di dalam sebuah bilik di rumah yang sama. Kesalahan tersebut dilakukan lebih kurang jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam pada Februari dan jam 3 pagi hingga 6 pagi pada 6 Julai lalu.

Pendakwa raya memohon mahkamah kenakan jaminan yang tinggi

Berikutan pertuduhan itu, PU Azman didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Terdahulu, Husni Fairos Ramly, Timbalan Pendakwa Raya telah memohon mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan.

PU Azman

Walaubagaimanapun, peguam. Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili penceramah selebriti ini memohon jaminan yang rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas semenjak direman bulan lalu. Tertuduh juga memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.

“Beliau juga telah hadir hari ini dan menunjukkan kerjasama yang sangat baik. Tertuduh berusia 41 tahun adalah seorang bujang dan turut menanggung keluarga di Rantau, Seremban,” katanya dalam prosiding kes di sini hari ini.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan tersebut. Tertuduh juga dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai. Mahkamah juga turut menetapkan beberapa syarat lain iaitu perlu melapor diri di balai polis pada Sabtu pertama setiap bulan dan pasport harus diserahkan kepada mahkamah.

Hanya PU Azman dan Allah SWT sahaja yang tahu kebenarannya. Semoga setiap proses dan urusan dipermudahkan. Ingat, Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar. Jadi jangan takut, jangan bimbang.

Sumber: Thevocket & Kosmo Online

Baca juga: “Dah Puas Hati?” Neelofa Luah Rasa Sedih, Gambar Anak Diedit Individu Tak Bertanggungjawab

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat