9 Punca Utama Kencing Manis Yang Ramai Tidak Tahu


Kita sering berpendapat punca utama kencing manis adalah disebabkan berat badan berlebihan atau faktor keturunan. Sebenarnya, terdapat 9 punca utama penyakit kencing manis yang menyebabkan ia semakin menular. Teruskan membaca kerana mungkin anda telah mengamalkan salah satu faktor yang boleh menyebabkan kencing manis.

1. Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi

Memang tidak dapat dinafi pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Benda manis yang lain seperti madu, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi.

Semua makanan ini mengandungi kadar gula yang cepat dibebaskan di dalam darah. Ia dipanggil “fast-releasing”. Kalau boleh kurangkan  minuman di pasaraya kerana ia mempunyai glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi.

Individu yang tidak aktif, tidak buat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan dan kencing manis.

2. Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup

Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan kortisol iaitu steroid hormon. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat
digunakan di dalam badan.

3. Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggan dan perut)

Gula yang berlebihan dalam darah dan kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggan anda semakin bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.

4. Merokok

Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes

5. Tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi

Individu yang tidak makan atau kurang mengambil sayur dan buah berisiko untuk dapat kencing manis.

6. Tidak mengambil ikan dalam pemakanan

Pengambilan ikan yang kurang menyebabkan kurang Omega 3 atau protein dalam tubuh. Ini kerana minyak ikan boleh membantu untuk melindungi kita dari kencing manis

7. Sejarah keluarga 

Jika ada kalangan ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, risiko anda untuk mempunyai kencing manis adalah tinggi. Risiko anda mengalami diabetes adalah 80 % jika kedua-dua orang tua anda mempunyai diabetes. Namun begitu penyakit kencing manis ini boleh kembali normal semula.

8. Umur

Tidak dinafikan, semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis. Namun, bukanlah kerana usia, anda mendapat kencing manis. Ini kerana orang muda juga turut mempunyai penyakit kencing manis.

9. Kerintangan insulin

Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis. Kesan dari rintangan insulin boleh menyumbang kepada “sindrom metabolik”. Sindrom metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis juga masalah jantung dan strok.
Kesimpulannya, hidup dengan cara hidup yang sihat. “Life is too short to waste time in this suffer disease.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat