Password Yang Senang Kena ‘Hacked’


Password atau katalaluan merupakan perkara remeh namun ia penting pada zaman ini. Pada zaman teknologi ini, semua benda dilakukan secara online seperti akaun bank, akaun laman sosial, akaun aplikasi shopping, dan pelbagai lagi. Kesemua akaun ini memerlukan privasi yang kuat untuk mengelakkan orang lain dapat menggunakan. Namun ramai yang ambil mudah dengan menggunakan kata laluan yang mudah dan senang. Hal ini telah memudahkan kerja geng hackers untuk mengakses ke akaun kita dengan senang.

Ciri ciri kata laluan yang teruk

National Cyber Security Center di UK (NCSC) telah menyenaraikan kata laluan yang selalu digodam. Untuk pengetahuan, NCSC merupakan satu organisasi di UK yang menyediakan sokongan untuk sektow awam dan swasta dalam mengelakkan ancaman kepada keselamatan komputer.

Antara ciri kata laluan yang teruk adalah

  • Nombor yang berturutan atau berulang seperti 123456, 56789, atau 111111
  • Nama sendiri
  • Pasukan bola sepak yang disokong
  • Karakter fiksyen seperti Superman, Batman dan sebagainya

Senarai kata laluan paling lemah

  • 123456 (23.2 juta)
  • 123456789 (7.7 juta)
  • qwerty (3.8 juta)
  • password (3.6 juta)
  • 1111111 (3.1 juta)
  • 12345678 (2.9 juta)
  • abc123 (2.8 juta)
  • 1234567 (2.5 juta)
  • password1 (2.4 juta)
  • 12345 (2.3 juta)
  • 1234567890 (2.2 juta)
  • 123123 (2.2 juta)
  • 000000 (1.9 juta)
  •  Iloveyou (1.6 juta)
  • 1234 (1.3 juta)
  • 1q2w3e4r5t (1.2 juta)
  • Qwertyuiop (1.2 juta)
  • 123 (1.02 juta)
  • Monkey (980, 209)
  • Dragon (968,625)

Nama pasukan bolasepak terkenal, Antaranya:

  • Liverpool (280,723)
  • Chelsea (216,677)
  • Arsenal (179,095)
  • Manutd (59,440)
  • Everton (46,619)

Nama-nama  dan penyanyi juga kerap dijadikan kata laluan, contoh yang popular termasuklah:

  • Superman (333,139)
  • Blink182 (285,706)
  • Naruto (242,749)
  • Tigger (237,290)
  • Pokemon (226,947)
  • Batman (203,116)
  • 50cent (191,153)
  • Eminem (167,983)
  • Metallica (140,841)
  • Slipknot (140,833)

Kesimpulannya

Penggunaan kata laluan yang kuat amat penting dalam melindungi data penting kita dari digodam oleh orang lain. Nampak sahaja benda ini remeh, namun ia amat penting dalam melindungi privasi kita. Andai kata kita ambil mudah, bukan sahaja duit yang kita hilang malah identiti diri kita pun orang akan gunakan sesuka hati tanpa kita sedar. Justeru itu, pastikan kita menggunakan password yang mampu melindungi data peribadi kita dengan kuat dan selamat.

 

Sumber: siraplimau.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat