10 IDEA KERAJAAN BOLEH KURANGKAN BELANJA PENTADBIRAN : Idea Yang Boleh Buat Rakyat Tidak Kisah Tentang GST


1. Utilize 80-100% penggunaan ruang pejabat yang cantik-cantik di seluruh Malaysia. Pejabat saya dalam satu ruang 1000 kaki persegi boleh muat 20 orang DENGAN SELESA.

Tetapi 1000 kaki persegi dalam pejabat kerajaan boleh letak 4-5 orang. Bilik pengarah pun dah sampai 1000 kaki persegi.

2. Utilize kemudahan yang ada dalam bangunan kerajaan tak perlu ke hotel. Malah boleh buat business sewaan ruang dewan dan kelas secara serius (sekarang ada juga cuma kurang serius).

3. Menteri dan Perdana Menteri boleh rancang perjalanan dengan baik supaya tidak perlu penggunaan jet kerajaan yang terbang untuk angkut seorang pemimpin dan keluarganya. Perjalanan darat boleh kurangkan rider.

4. Kurangkan lawatan luar negara oleh pihak penjawat awam terutama yang pangkat tinggi yang suka melawat tapi balik tak buat apapun. Jika tiada perubahan selepas balik dari lawatan elok lain kali tak perlu benarkan mereka melawat lagi.

5. Seri Perdana dan Seri Satria dah boleh jadikan rumah tamu kerajaan dan hotel 5 bintang milik kerajaan dan generate income dari luar (bukan milik kerajaan tapi yang bayar kerajaan juga). PM dan TPM boleh buat rumah terus di pejabat. Baru nak pesawat macam Airforce 1 President USA, elok rumah pun dalam pejabat macam President USA juga. Pagi-pagi bangun terus ada di pejabat. Jadi macam ADUN-ADUN negeri yang pejabatnya ialah di RUMAH sendiri (sebahagiannya).

Ingat balik Bapak Si Tipah lakonan Jins Shamsuddin dalam cerita Ali Setan? Masa tu dia berlakon sebagai YB dan orang datang ke rumah minta tolong tembak lembu terlepas kandang. Baru pemimpin dan rakyat rapat. Jika jadi pemimpin tetapi tak sudi diganggu rakyat sampai ke rumah yang berpagar tinggi, elok mula kemas beg sekarang.

6. Menteri-menteri semuapun boleh mula berumah dalam bangunan kementerian. Captain kapal mesti tinggal atas kapal bukan di bot lain atau di atas darat.

7. Percepatkan proses pembayaran bil-bil kerajaan dari vendor swasta. Biasa terjadi apabila kerajaan bayar dalam 2-3 bulan selepas kerja siap, maka kerja yang biasanya bernilai RM10,000 boleh jadi RM15,000. Cuba bayar cepat dan efisyen. Kalau boleh Kementerian Kewangan kerja shift 24 jam supaya pembelian dari swasta boleh negotiate dan dapatkan harga terbaik jika beli dan abrang sampai hari ini, minggu depan dah dapat bayaran. Lagi baik kalau dapat COD terus. Swasta boleh buat, takkan kerajaan tak boleh? Jika 1 vendor kerajaan terpaksa mark-up 30% dari bil sepatutnya, bermakna kita boleh kurangkan 30% belanja pentadbiran kerajaan yang melibatkan vendor. 30% itu bukan sedikit, jika dikira boleh beri pendidikan bertaraf tinggi kepada ratusan ribu rakyat secara percuma pada setiap tahun.

8. Sekat amalan “Sumbangan kelab sukan & rekreasi” yang diamalkan oleh badan-badan kerajaan kepada vendor-vendor mereka. Terus allocate budget kelab sukan ini berdasaran keupayaan utilisation of assets (rujuk nombor 1). Kerana kelab sukan yang minta sumbangan ini juga HAMPIR PAKSA sebenarnya walaupun namanya sumbangan. Jika tak sumbang, akan datang tak boleh dapat projek lagi. Dan bila kita sumbangkan kena TOPUP pada harga invois. Sama sahaja, kerajaan juga bayar cuma sumbangan kelab sukan dan rekreasi dalam bentuk tunai selalunya menghala kepada ketirisan kepada mereka yang kurang jujur.

9. Tutup lampu dan aircond semua pejabat kerajaan selepas jam 6 petang. Penggunaan ruang besar selepas jam 6 petang mestilah bersyarat melebihi jumlah tertentu.

Biasa kita nampak guna dewan besar 400 tempat duduk tetapi untuk 20 orang sahaja. Dalam kata lain, cuba rasakan yang kita dan bapak kita yang bayar bil letrik tu semua.

10. Semua trip Perdana Menteri ke luar negara tidak membawa isteri bersama.

Bagaimana Pontian? Pekan?

-Saiful Nang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat