Update : Polis kebosanan mengira wang rampasan 1MBD berjumlah RM100juta!


Polis merampas 72 beg wang tunai dan barang kemas serta 284 kotak yang berisi beg tangan berjenama.

Menurut laporan New Straits Times, 26 daripada 72 beg telah dibawa ke Menara 238 di Kuala Lumpur yang menjadi lokasi ibu pejabat JSJK untuk proses pengiraan.

Oleh kerana hanya wang tunai daripada 11 beg dikira, laporan itu berkata baki 15 beg akan dipindahkan ke Bukit Aman untuk disimpan. Jumlah kesemuanya dikatakan sebanyak kira-kira RM100 juta bagi 11 beg yang telah dikira.

Beg mengandungi wang tunai yang telah dikira telah dihantar kepada Bank Negara untuk pengiraan semula, kata laporan itu.

“Proses ini amat membosankan kerana pegawai polis JSJK perlu merekodkan nombor siri setiap wang kertas.

“Satu lagi faktor yang memanjangkan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan proses itu kerana terdapat beberapa mata wang yang berbeza,” kata laporan itu.

Menurut laporan itu, 11 beg berkenaan mengandungi jutaan ringgit yang terdiri daripada pelbagai mata wang.

Laporan itu berkata pengiraan bermula pada jam 10 pagi hingga 9 malam hari ini dan masih ada 15 beg mengandungi wang tunai belum dikira.

Menurut laporan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan proses pengiraan berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat