NASIHAT RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN (RPWP) : Fenomena Anak Hilang Kian Menjadi-jadi


Saban hari kita menerima berita anak hilang. Tidak dinafikan ramai juga anak kecil seusia 9 tahun, khususnya anak lelaki yang sudah pandai melarikan diri dari rumah untuk hidup bebas.

Anak gadis pula sudah ramai yang berani lari rumah seawal usia 13 tahun lagi (tingkatan 1). Kebanyakannya kerana mabuk cinta dan ketagihan seks sehingga sanggup lari bersama teman lelaki. Berita yang tersiar di TV Awani beberapa hari lepas menunjukkan ramai remaja bawah umur sudah ‘terperangkap’ dengan dadah bersama teman lelaki masing-masing.

Kehilangan anak kecil di usia tadika begini bukan saja-saja. Mereka masih belum ada nafsu dan akal untuk lari rumah lagi. Oleh itu, pasti ada unsur jenayah yang seharusnya menjadi kebimbangan bagi ibubapa.

Berita yang kita saksikan ini, dan begitu banyak berita seumpamanya yang dilapurkan sebelum ini telah ‘membenarkan’ begitu banyak lapuran ibubapa di media sosial akan cubaan-cubaan untuk menculik anak mereka.

culik13

Kami ingin kongsikan pengalaman kami sendiri bahawa terlalu banyak ‘laluan’ dan peluang kepada berlakunya bencana ini. Curigailah keselamatan anak-anak kita. Jangan mudah percaya, lalu kita terus menerus lalai dan leka.

Hari ini ancaman sentiasa menanti anak-anak kita di mana sahaja mereka berada. Dalam bas sekolah, bas kilang, komuter, di bus stop, bahkan di Kompleks membeli belah, di tandas awam dan pasar malam pun tidak begitu selamat untuk anak-anak dan warga perempuan kita.

Memerhatikan begitu banyak kelalaian ibubapa di sepanjang R&D yang kami lakukan menjadikan kami rasa takut dan ngeri. Sukar untuk kami nukilkan satu persatu supaya dipercayai dan diambil berat melainkan ibubapa sendiri ikut mengkaji.

NASIHAT RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN (RPWP)

Jika kita tidak mampu mengubah suasana, ubahlah disiplin diri dan keluarga kita. Pastikan anak-anak sentiasa meminta izin untuk keluar ke mana sahaja. Pastikan juga mereka ada teman yang mampu saling apit mengapit agar sentiasa dalam keadaan selamat sebelum kita mengizinkannya.

Jika perlu, tunjukkan berita yang menyayat hati ini kepada anak-anak kita yang suka ‘berkeliaran’ tanpa izin sebagai ‘fear motivation’ kepada mereka.

Kebanyakan lelaki PATI dan pekerja asing di negara ini tinggal tanpa pasangan mereka. Begitu juga ancaman dari lelaki penagih dadah, duda, lelaki gila seks yang tidak berkahwin, pemabuk dan seumpamanya. Itu tidak termasuk orang gila PEDOFILIA yang memang anak kecil menjadi minat mereka.

Ada kalanya mereka mungkin tidak dapat menahan nafsu. Untuk menggoda wanita dewasa mungkin sukar berhasil. Untuk memperkosa perempuan dewasa banyak pula risikonya. Oleh itu, pilihan yang ada pada mereka adalah dengan memperkosa anak-anak kecil kita yang tidak mampu melawan lagi.

Oleh itu, didiklah anak perempuan kita dari kecil agar sentiasa menutup aurat melalui pakaian, tingkah laku dan suara mereka. Ingatlah bahawa pemangsa sentiasa ‘mengintai’ gerak geri anak-anak kita untuk mencari peluang memerangkap mereka.

“DOA SELAMAT BUAT ANAK-ANAK KITA”.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.

 

Baca juga : Penafian PDRM berkenaan kes culik menggunakan Van Putih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat