Langkah untuk Bebas daripada Hutang


Hutang merupakan perkara yang biasa berlaku di dalam kalangan masyarakat masa kini. Tanpa kita sedar semakin hari semakin banyak hutang yang terpaksa kita tanggung. Bebanan hutang ini boleh membuatkan seseorang itu tertekan dan boleh menyebabkan perkara-perkara negatif datang bertamu di dalam diri mereka.

Bagi sesetengah orang yang berhutang. Mereka terpaksa bekerja lebih masa dan memiliki beberapa peerjaan sampingan untuk menyelesaikan masalah hutang mereka.

LANGKAH BEBAS HUTANG

  • Sedar Diri Bahawa Kita Ada Hutang. Ia motivasi diri agar cepat dan segerakan hapus hutang, ada yang buat buat tak sedar mereka banyak hutang.
  • Turunkan Taraf Hidup. Jika dulu minum kopi setarbak, minum saja kopi tepi jalan. Dari rumah kondo, pindah ke flat tanpa kolam

7da44bcea8544b03a3bcda0715ec4740

  • Tahu Jumlah Hutang Catat semua hutang termasuk jumlah kecil pinjam kengkawan. Tulis besar dan tampalkan.
  • Anggaran Pendapatan Ketahui jelas jumlah gaji anda dan pendapatan tambahan agar anda tidak lebih belanja. Jangan lebih kerak dari nasi ayam ?
  • Segera Bayar Hutang Jangan tangguh bayar hutang, gegadis lebih suka lelaki matang kurangkan berhutang.
Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

  • Cari Pendapatan Tambahan Jika hutang kita melebihi pendapatan bulanan, usahakan pendapatan tambahan. Mesin rumput bukan satu dosa.
  • Tahan Nafsu Berbelanja Lupakan dahulu beg LV, Jubah baru dan pewarna gincu. Semakin banyak hutang semakin kurang belanja.
  • Berhenti Berhutang Bila berjaya selesaikan hutang, nekad untuk tidak berhutang lagi. Lupakan kad kredit yang jadi punca hilang kawalan diri. Semua orang pernah buat salah, azam diri untuk berubah.

katakan tidak pada hutang

Dua  Jenis Hutang

Rasulullah SAW bersabda:

“Hutang itu ada dua bentuk, barangsiapa yang mati  dalam keadaan berniat melunasi hutangnya maka aku adalah walinya, dan barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak berniat untuk melunasinya, maka itulah yang akan diambil kebaikannya pada hari kiamat yang ketika itu tidak bermanfaat lagi dinar dan dirhamnya”

Semakin banyak kita tabur budi, semakin mudah gegadis terhutang budi dan sudi jadi isteri ? share jika bermanfaat buat kita semua

#LelakiSejatiBanyakHutangBudi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat