Kisah Misteri di Sekolah Malaysia


Kisah Misteri di Sekolah Malaysia

Kisah misteri sering menjadi perbualan masyarakat terutamanya di sekolah. Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu dan menyampaikan ilmu. Namun, tidaklah menjadi sesuatu yang pelik apabila mendengar kisah misteri atau cerita seram tentang sekolah yang anda sedang belajar.Hampir semua sekolah mempunyai cerita tersendiri. Kami senaraikan sekolah yang mempunyai kisah yang paling seram di Malaysia.

 

kisah misteri

1. Penang Free School

  • Merupakan sekolah tertua yang menggunakan medium Bahasa Inggeris di Asia Tenggara dan ia juga adalah sekolah pertama yang didirikan di Malaya yang sekarang dikenali sebagai Malaysia. Sekolah ini terletak di Green Lane, George Town, Pulau Pinang dan dibina pada tahun 1816.
  • Sekolah yang berusia lebih 200 tahun ini mempunyai kisah misteri yang tersendiri. Cerita seperti lampu berkelip – kelip dan bunyi-bunyian pelik pada waktu malam adalah perkara sangat biasa.
  • Malah ada juga yang mengatakan ada mendengar jeritan seorang wanita pada lewat tengah malam, dipercayai ia merupakan roh banduan yang diseksa semasa zaman pendudukan Jepun.

 

kisah misteri

2. Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang

  • Sekolah yang terletak di George Town, Pulau Pinang dan lebih dikenali sebagai Chung Ling High School
  • Ditubuhkan pada tahun 1923 ini telah diambil alih oleh Angkatan Darat British untuk digunakan sebagai sebuah hospital tentera pada tahun 1941.
  • Beberapa orang guru dan pelajar dari Chung Ling telah terbunuh ketika tercetusnya Perang Dunia Kedua
  • Didakwa sekolah ini sering nampak penampakan kelibat guru-guru dan pelajar yang terbunuh sedang berkeliaran di sekitar sekolah itu
  • Kes histeria juga dikatakan kerap berlaku di sekolah ini dan kadang-kadang terdapat beberapa ekor anjing akan menyalak pada ‘sesuatu’ yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

 

kisah misteri

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan, Sarawak

  • SMK Siburan merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kuching/Serian
  • Menurut sumber, kisah misteri dan cerita menakutkan yang datang daripada sekolah ini kebanyakannya benar-benar berlaku

 

kisah misteri

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Serian, Sarawak

  • Merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Ilmu, Serian, Sarawak
  • Pada tahun 2008, 12 pelajar sekolah telah diserang histeria, mereka menjerit dan berkelakuan aneh yang dipercayai disebabkan oleh kehadiran paranormal
  • Serangan histeria secara beramai-ramai sehingga kelas terpaksa ditangguh oleh pihak berkuasa
  • Seorang pelajar yang pernah mengalami histeria menceritakan bahawa fikirannya menjadi kosong dan dia tidak dapat mengawal tubuhnya sendiri.
  • Beliau memberitahu The Borneo Post, “Saya beras pening dan saya mendengar suara-suara pelik yang bermain di kepala saya,”. Manakala rakannya pula mendakwa bahawa dia mendengar perubahan suara rakannya ketika dia cuba menenangkannya.

 

kisah misteri

5.  Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur

  • Sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur.
  • Pada awal penubuhannya, sekolah ini adalah sekolah menengah hanya untuk pelajar lelaki manakala pelajar perempuan untuk tingkatan 6 sahaja
  • Victoria Institution juga turut menyimpan kisah-kisah misteri yang tersendiri kerana ia diambil alih semasa Pendudukan Jepun di negara kita dan dijadikan sebagai pangkalan tentera Jepun
  •  Ramai tentera British dan penduduk tempatan yang telah diseksa dengan kejam hingga mati di ruang bawah tanah dan beberapa bangunan lama di sekolah ini
  • Didakwa selalu ada penampakan pada siang hari dan juga pada malam hari, malah terdapat banyak kes roh yang merasuk pelajar
  • Pada satu malam, ada anggota band yang sedang berlatih sehingga lewat telah ‘hilang’ dan  ditemui di atas tangki air. Beliau mendakwa bahawa dia melihat seorang perempuan yang sedang bersendirian, dan dengan sopan, dia bertanya ke mana perempuan itu hendak pergi dan dia tidak ingat apa-apa selepas itu.

 

kisah misteri

6. Sekolah Kebangsaan Danau Perdana, Kuala Lumpur

  • Dikosongkan sejak tahun 2005 dan ia ditinggalkan sehingga ke hari ini
  • Sekolah ini ditinggalkan disebabkan oleh keadaan tanah yang tidak selamat untuk digunakan kerana kesan-kesan retakan mula muncul di dinding
  • Kisah yang diketahui ramai ialah sekolah ini telah didiami oleh seekor pontianak, iaitu roh seorang wanita yang meninggal ketika mengandung dan didakwa seorang tukang cuci sekolah ini

 

kisah misteri

7. Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur

  • Dikenali sebagai Sekolah Jalan Cheras yang telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan terletak di Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak
  • Satu kejadian yang mengerikan berlaku dimana seorang pelajar perempuan dirasuk dan ia telah dirakam menggunakan video yang dia dilihat bermain dengan sebilah gunting di sepanjang koridor sekolah
  • Pelajar tersebut juga turut menendang pintu bilik kelas dan memecahkan tingkap kaca dengan tangan kosong

 

kisah misteri

8. Saint Michael Institution, Ipoh, Perak

  • Sebuah sekolah lelaki yang terletak di Ipoh, Kinta, Perak
  • Sekumpulan mubaligh Katolik membina sebuah sekolah di sebelah Sungai Kinta pada tahun 1912
  • Sekolah ini dilaporkan sangat keras, atas banyak faktor kerana sekolah ini pernah dijadikan sebagai ibu pejabat polis rahsia Jepun ketika Perang Dunia Kedua meletus

kisah misteri

9. Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Perak

  • Sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Ashman Shah, bandar raya Ipoh, Perak
  • Nama Anderson diambil sempena nama Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu, yang juga Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir John Anderson
  • Padang sekolah Anderson ada sebatang pokok besar (tidak pasti sama ada masih ada lagi atau tidak). Pokok itu agak menyeramkan dan dengan itu ada yang mengatakan ia menjadi tempat laluan ‘benda’ itu keluar masuk ke sekolah Anderson

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat