“Kifarah..” Aniaya Isteri, Rizky Billar Bukan Sahaja Dibenci Namun Turut Dibanned Stesen TV Indonesia
Sejak beberapa hari yang lepas, isu yang membabitkan penyanyi dangdut popular Indonesia hangat diperkatakan di seluruh Indonesia dan Malaysia. Isu hangat yang melibatkan penyanyi dangdut Indonesia iaitu Lesty Kejora dan suaminya Rizky Billar membuatkan ramai rakyat Indonesia mengecam tindakan Rizky.
Rizky dikatakan telah melakukan kekerasan terhadap Lesty sehingga menyebabkan isterinya itu dimasukkan ke hospital. Laporan polis telah dibuat oleh Lesty dan Rizky Billar bakal terima hukuman yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib tidak lama lagi.
Jika sebelum ini, pasangan ini dipuji ramai kerana dianggap mesra dan kelihatan manis namun kini sebaliknya pula yang berlaku. Ramai yang mengecam tindakan Rizky Billar, bukan sahaja rakyat Indonesia dan Malaysia namun rakan artis juga.
“Kifarah..” Aniaya Isteri, Rizky Billar Bukan Sahaja Dibenci Namun Turut Dibanned Stesen TV Indonesia
Malah ekoran keganasan yang dilakukan terhadap Lesty itu, Rizky Billar juga turut dibanned oleh seluruh stesen televisyen di Indonesia. Perjanjian yang telah dibuat olehnya sebelum ini menjadi salah satu pengacara di sebuah program TV dibubarkan serta merta.
Menerusi video yang dikongsikan oleh vijesong menerusi aplikasi TikTok, pengacara program Dangdut Akademik itu menyatakan bahawa Rizky Billar tidak lagi menjadi pengacara. Hal tersebut diputuskan ekoran KPI meminta TV dan Radio di negara tersebut menutup peluang kepada sesiapa sahaja yang melakukan KRDT (Kekerasan Dalam Rumah Tangga).
Dalam masa yang sama, barisan pengacara terkenal Indonesia turut menyeru dan mengajak rakyat Indonesia untuk menolak segala bentuk keganasan. Pastinya keputusan tersebut sangat dipersetujui oleh orang ramai. Siapa sahaja kan boleh menerima keganasan sang suami terhadap isteri ini.
@vijesong #kamibersamalesti #fyp #foryoupage #lesti_kejora #lestilovers #rizkibillar #baimwong #stopkekerasan #leslar #lesti #lestie ♬ suara asli – Vije power
https://www.tiktok.com/embed.js
Bagus, good job..
Menjengah seketika ke ruangan komen, pelbagai pendapat dan reaksi yang ditinggalkan oleh warga TikTok dari Indonesia mahupun Malaysia. Ramai yang memuji tindakan stesen televisyen ini dan ada juga yang meninggalkan komen menyatakan bagus dan good job.
“Salam dari Malaysia. Bagus, good job..” tulis pemilik akaun Miloais. Manakala menurut MANJA semah pula, berkongsia apa yang pernah didengarnya dari ustaz.
“Pernah dengar ustaz cakap, kalau kita bahagiakan isteri, kehidupan berkah. Tapi kalau mengsia-siakan pasti dapat keburukan”.
Dalam masa yang sama ada juga yang meluahkan rasa syukur dan berharap semoga Lesty Kejora terbela dan yang membuat dirinya derita mendapat hukuman yang setimpal.
“Alhamdulillah, semoga dek Lesty terbela dan orang yang membuat dia derita mendapat hukuman setimpal”, tulis Duri Terlindung.
Semoga apa yang terjadi kepada Lesty Kejora dan Rizky Billar ini dapat membuka mata kita semua akan kejadian keganasan kepada isteri dan dalam rumahtangga ini. Semoga juga Lesty kembali pulih seperti sediakala dan Rizky Billar dikenakan hukuman yang sepatutnya.
Kredit: TikTok vijesong
Baca juga: Ditinggal Tunang, Lelaki Ini Menangis Kecewa Berjalan Seorang Diri Di Tengah Malam