Tan Sri Abang Johari Tun Openg Setuju Untuk Bekerjasama Dengan PN, BN & GRS


Semalam, 19 November 2022, merupakan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia apabila rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas keluar mengundi bagi memilih calon Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh.

Walaubagaimanapun, keputusan tersebut masih lagi tergantung memandangkan tiada parti yang menang majoriti. Keputusan Pilihan Raya Umum yang ke 15 semalam, Pakatan Harapan mendahului iaitu 82 kerusi manakala Perikatan Nasional (73 kerusi). Manakala, Barisan Nasional (29 kerusi), Gabungan Parti Serawak (22 kerusi) dan Gabungan Rakyat Sabah ( 6 kerusi).

Oleh kerana itu, kerjasama dan gabungan daripada beberapa parti diperlukan sebanyak 112 kerusi bagi memenuhi syarat untuk membentuk Kerajaan baharu. Beberapa jam yang lepas, pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin telah mengadakan perbincangan bersama-sama dengan pengerusi PAS serta pengerusi GPS.

Tan Sri Abang Johari Tun Openg Setuju Untuk Bekerjasama Dengan PN & BN

Terbaharu Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari mengumumkan mereka bersetuju untuk bergabung dengan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk Kerajaan baharu.

Tan Sri Abang Johari juga bersetuju untuk mencalonkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Malaysia. Dengan gabungan ketiga-tiga parti ini, ia melebihi jumlah minimun untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Assalamualaikum WBT. Kita semua sedia maklum bahawa tiada sesebuah parti mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerjaan setelah selesai PRU15 semalam. 

Dunia dan Negara kita berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi sekarang dan keadaannya dijangka akan menjadi lebih genting pada tahun hadapan. 

Demi untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara kita terpelihara maka sesebuah kerajaan yang stabil dan kuat harus lah dibentuk dengan kadar segera. 

Dengan tu, GPS telah mengambil keputusan dan tindakan tersebut di bawah demi untuk mengukuh dan menstabilkan Negara dan kesejahteraan rakyat

Diharapkan persetujuan ini dapat membentuk Kerajaan yang lebih stabil dan aman. Semoga juga Malaysia dapat berhadapan dengan masalah ekonomi negara pada tahun hadapan dengan lebih bijak dan baik lagi.

Siapa Tan Sri Abang Johari Tun Openg?

abang johari

Tan Sri Abang Johari merupakan ahli politik yang kini berkhidmat sebagai Premier Sarawak. Beliau mula berkhidmat dalam bidang politik ini adalah pada tahun 2017 dan menjadi pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dibentuk pada Jun 2018.

Susuk tubuh yang lahir pada 4 Ogos 1950 kini sudah berusia 72 tahun dan telah mempunyai 2 orang anak. Abang Johari telah melanjutkan pelajaran di Universti Brunnei, United Kingdom dan mendapat Masters dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Sebelum menceburi bidang politik dan mula bergiat aktif pada tahun 1977, Abang Johari pernah berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) di Bahagian Perhubungan Korporat.

Sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Perindustrian dan Infrastruktur Negeri, kadar pelaburan di Sarawak meningkat kepada 10 billion setahun. Ianya adalah jumlah yang cukup tinggi jika dibanding dengan sebelum beliau memegang jawatan itu.

Dek kerana itu, beliau bukan sahaja dikagumi oleh masyarakat Melayu namun beliau juga sangat disenangi oleh para pelabur asing dan tempatan.

Baca juga: Belum Adakan Sebarang Pertemuan, Pengerusi Pakatan Harapan Masih ‘Diam’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat