Jalur Gemilang
Jalur Gemilang atau Bendera Malaysia adalah lambang kedaulatan sesebuah negara yang berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah, bangsa dan agama negara tersebut. Bendera juga merupakan simbol penghormatan sessebuah negara.
Maksud Lambang dan Warna Pada Bendera Malaysia
1) Anak bulan dan bintang
Melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.
2) Bintang pecah 14
Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.
3) 7 jalur merah & 7 jalur putih
Melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah Negeri dan kerajaan Persekutuan.
4) Gabungan 3 warna (merah, putih, biru)
Melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.
5) Warna biru
Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu dan berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains serta teknologi moden.
6) Warna kuning
Melambangkan Kedaulatan Raja Berpelembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
7) Warna merah
Melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaranh dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
8) Warna putih
Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab dan berkeperibadian Malaysia.
Pada malam 31 Ogos 1997, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perddana Menteri Malaysia pada ketika itu telah mengumumkan nama bagi Bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.