Tak Berhati Perut & Kejam! Anak Hidang Teh Panas Beracun Kepada Ibu, Ayah Dan Kakak
Ke manakah pergi dan hilangnya rasa simpati dan empati dalam diri manusia? Kenapa manusia yang berkelakuan dan melakukan kejahatan memilih jalan tersebut? Apakah mereka tertekan dan rasa serabut dengan kehidupan. Sehingga ada segelintir manusia boleh mencuri, mengkhianati, menfitnah serta membunuh antara satu sama lain.
Bahkan perkara-perkara tersebut dilakukan tanpa rasa bersalah sedikit pun. Kalau ada pun, pasti sedikit sahaja. Adakah mereka yang melakukan perbuatan tersebut normal? Ataupun mereka mempunyai masalah dan penyakit yang kita sendiri tidak ketahui.
Bahkan diri individu yang melakukan kejahatan itu pun tidak tahu apakah mereka ini individu yang berpenyakit ataupun tidak. Melakukan kejahatan seperti membunuh merupakan perbuatan dan kesalahan yang cukup besar.
Tak Berhati Perut & Kejam! Anak Hidang Teh Panas Beracun Kepada Ibu, Ayah Dan Kakak
Lebih-lebih lagi apabila mereka membunuh ahli keluarga mereka sendiri. Bukan sekadar adik beradik, namun turut dibunuh ibu dan ayah. Itulah kejadian yang berlaku di Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini.
Kejadian yang mengorbankan nyawa ibu, ayah dan seorang kakak itu berlaku apabila seorang pemuda dipercayai memberikan ibu, ayah dan kakaknya minum teh yang telah mengandungi racun di dalamnya.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Tengah, Indonesia, Iqbal Alqudusy berkata, mangsa ialah Abbas Ashar berumur 58 tahun, Hari Riyani berumur 54 tahun dan Dhea Choirunnisa, 24 tahun. Mangsa yang meninggal itu diberikan racun yang dibeli secara atas talian sebelum dimasukkan ke dalam bacuhan teh panas dan kopi ais.
Walaubagaimanapun, pemuda berkenaan mengaku telah mencampurkan racun tersebut ke dalam minuman dan kemudiannya minuman tersebut diminum oleh bapa, ibu dan kakaknya. Menurut saksi kejadian kejam tersebut, ketiga-tiga mangsa mula loya dan muntah sebelum terbaring kaku di dalam tandas.
“Saksi kemudian memanggil penduduk untuk membawa mangsa ke hospital. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan Pegawai Perubatan mendapati ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia”, kata Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Tengah tersebut.
Tambah Ketua Perhubungan Awam Polis itu lagi, suspek tersebut kini ditahan di Unit Siasatan Jenayah Polis Magelang bagi tindakan lanjut. Sementara itu, jenazah ketiga-tiga mangsa itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sasono Leyo, Prajenan, Indonesia, petang semalam.
Allahuakhbar, bagaimana seorang anak sanggup melakukan hal tersebut kepada darah daging mereka sendiri? Apakah pemuda berkenaan ‘kurang siuman’ atau ‘kurang sihat’? Hal tersebut tidak dapat diketahui dengan lebih lanjut.
Motif pembunuhan itu jika tidak dapat diketahui dengan jelas dan lanjut lagi. Walau apapun, semoga pemuda berkenaan sedar dan menyesal dengan perbuatan kejam itu. Semoga juga diberikan hidayah dan bertaubat.
Dalam dunia ini tiada yang sempurna. Setiap dari kita pasti akan ada cacat celanya. Cuma besar ataupun kecil kesalahan yang dibuat oleh kita. Sama ada Allah tutup dengan rapat aib kita ataupun tidak. Semoga kita semua dilindungi dan dalam jagaan Allah selalu, tidak kira sama ada untuk melakukan kejahatan ataupun membuat kejahatan.
Sumber: Kompas
Baca juga: Paras Laut Meningkat, 20 Juta Penduduk Bangladesh Bakal Hilang Tempat Tinggal?