Ditinggal Tunang, Lelaki Ini Menangis Kecewa Berjalan Seorang Diri Di Tengah Malam


Hakikat kehidupan ini, fitrah manusia ingin hidup berpasangan. Pastinya setiap pasangan yang menjalin hubungan pastinya ingin menamatkan hubungan mereka dengan perkahwinan. Sebelum disatukan dengan akad ada yang akan bertunang terlebih dahulu.

Dalam masa pertunangan, orang cakap mental dan fizikal kena kuat kerana pada ketika ini, pasangan akan diuji. Diuji kesetiaannya dan macam-macam lagi ujian yang hadir. Pada ketika ini juga, setiap pasangan perlu bersedia andai kata tiada jodoh.

Sakit? Perit? Kecewa? Semestinya. Mungkin pada ketika ini individu yang ditinggalkan oleh pasangannya akan melalui fasa kecewa yang teramat sangat. Malah ada yang hilang akal fikiran dek kerana putus cinta ini.

Ditinggal Tunang, Lelaki Ini Menangis Kecewa Berjalan Seorang Diri Di Tengah Malam

Seperti mana video yang tular menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini. Video yang memaparkan seorang lelaki sedang menangis sambil berjalan kaki sendirian di tepi jalan pada waktu malam. Tidak menghiraukan keadaan sekeliling, lelaki berkenaan kelihatan sedang menangis sambil kepalanya memandang ke bawah sahaja ketika melalui kawasan yang gelap dan sunyi itu.

Menerusi video tersebut juga, kelihatan seorang lelaki bertopi keledar menghampiri lelaki yang sedang kecewa itu sambil bertanya apakah yang berlaku sebenarnya. Dalam keadaan sedih, lelaki tersebut menjawab bahawa tunangnya buat hal dan meninggalkannya.

lelaki ditinggal tunang

Walaupun lelaki yang berjalan seorang diri itu tidak memberitahu atau menceritakan lebih terperinci lagi apa yang berlaku namun pastinya episod tersebut amat melukakan hati lelaki ini. Kelihatan menerusi video tersebut, individu lelaki bertopi keledar tadi menenangkan lelaki berkenaan.

Tak rasa kelakar, lebih kepada sebak..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ramai yang turut bersedih dan berasa kasihan kepada lelaki ini dan ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, tak rasa kelakar namun lebih kepada sebak. Sempat juga menitipkan pesanan agar lelaki ini kuat.

“Tak rasa kelakar. Lebih kepada sebak. Stay strong brother”, tulis pemilik akaun TikTok dengan nama Afy Syu.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh menyatakan, abang yang pakai topi keledar itu mesti penat nak patah balik ambil motor. Mungkin tidak perasan asyik kejar lelaki berkenaan. “Abang pakai helmet tu mesti penat patah balik ambil motor dia balik. Syok kejar budak tu”, tulis Crazymoktik.

Manakala Syadah Syuhadah pula meluahkan rasa kasihan kerana kelihatan lelaki berkenaan sudah lemah. ” Kesiannya lemah sangat dah dia”.

Itulah kehidupan, kita akan diuji dengan kesedihan, kesusahan serta kehilangan. Setiap makhluk yang bernyawa di atas muka bumi Allah ini tidak akan pernah lari dan boleh lari dari ujian. Ya, kadangkala bebannya seolah-olah tidak sanggup untuk dipikul lagi, namun apa pun itu tetaplah bersabar.

Buat lelaki ditinggal tunang ini, semoga anda digantikan dengan sesuatu atau pasangan yang lebih baik lagi selepas ini. Teruskan kehidupan dan redha akan apa yang berlaku ini. Kami tahu anda kuat!

Kredit: TikTok jarrr00

Baca juga: “Tak Sanggup Berkongsi Dosa..” Tukang Jahit Tak Ambil Upah Jahit Seluar Ketat Perempuan Dipuji Ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat