Dari Budak Praktikal Kepada Isteri, Disuruh Macam-Macam Rupanya Bos Ada Hati


Setiap insan yang hidup di muka bumi ini pastinya ada keinginan untuk memiliki pasangan hidup. Bukan sekadar untuk bercinta secara halal. Namun untuk bersama-sama mengharungi arus kehidupan ini yang kadang kala tak mudah untuk dilalui seorang diri.

Malah bukan itu sahaja, fitrah manusia itu sendiri untuk hidup berpasang-pasangan, jadi apabila tiba masanya mereka akan menemui atau mencari. Setiap orang menemui pasangannya dengan pelbagai cara, ada yang sudah kenal semenjak dari sekolah lagi, ada juga yang kenal kerana satu pejabat.

Malah lebih menarik lagi, ada yang kenal pasangannya sewaktu membuat latihan praktikal. Bukan dengan pekerja biasa namun dengan bos.

Dari Budak Praktikal Kepada Isteri, Disuruh Macam-Macam Rupanya Bos Ada Hati

Seperti mana yang dikongsikan oleh cikbunga9689 menerusi aplikasi TikTok, apabila dia secara tidak sengaja dikahwini oleh bosnya sendiri. Kisah bermula apabila, pada tahun 2017  wanita yang dikenali dengan nama Linda ini telah membuat latihan praktikal di Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Sepanjang menjalani latihan praktikal, Linda sering diarahkan oleh bosnya untuk membuat segala macam perkara seperti fotostat dan mengambil barang di stor.

Langsung tidak percaya bahawa dia boleh menemui pasangan hidup sewaktu menjalani latihan praktikal setelah bosnya mengajaknya untuk melangkah ke hubungan yang lebih serius melalui WhatsApp . Walaupun seakan tidak percaya, Linda tetap menerima untuk kenal lebih dekat.

Malah rakan sepejabat mereka juga tidak mengetahui bahawa Linda dan bosnya menjalin hubungan istimewa. Sewaktu tamat latihan, barulah mereka tahu akan hal tersebut. Akhirnya pada 24 November 2018 mereka disatukan.

 

Macam drama pukul 7 huhu..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang mengatakan, ianya seperti drama pukul 7, bos pula bukan main kacak.

“Boss pun bukan main herlok. Macam drama pukul 7 huhu, tahniah sis semoga bahagia hingga ke syurga” tulis heraa_98.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh nak praktikal cari syarikat yang memiliki bos yang muda dan kacak. ” Cari company yang bos dia handsome”.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menulis, muka Linda kelihatan matang dan tak nampak macam budak praktikal. Turut mendoakan Linda dan pasangan agar berkekalan hingga ke Jannah.

” Diri awak pun nampak matang, tak nampak macam budak intern. Macam staff tetap, hehe. Semoga berbahagia till Jannah” – yuness_sweet_treat

 

 

Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana. Larilah ke pelusuk dunia sekalipun, kalau Tuhan berkehendak sebegitu, pasti akan berlaku jua. Seperti kisah ini kerana menurut Linda, sebelumnya dia telah diterima untuk menjalani latihan di pejabat Kastam namun menolak. Walaubagaimanapun, semoga Linda dan pasangan kekal bahagia selamanya.

Sumber: TikTok cikbunga9689

Baca juga: “Santai Betul..” Terlibat Dalam Kemalangan Namun Pemandu Myvi Ini Masih Lagi Sempat ‘Posing’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat