“Tunjuk Gambar Lain, Kasi Rumah Lain..” Sedih & Kecewa, Pelajar Universiti Dianiaya Tuan Rumah
Demi mengejar keuntungan semata-mata ada segelintir peniaga dan majikan yang tidak ambil berat soal kebajikan pelanggan dan juga pekerja. Itulah realiti hidup zaman sekarang. Yang kecil, yang miskin, yang bodoh sering ditindas. Yang kaya, yang besar dan yang cerdik sering di atas.
Entah salah siapa semua ini, apakah individi yang ditindas mahupun orang yang menindas. Penindasan ini umpama penganiayaan. Lihat sahaja hari ini, berapa ramai yang ditindas oleh ahli keluarga, sahabat baik, suami, isteri dan juga orang luar.
Mungkin segelintir manusia hari ini sudah hilang pertimbangan, hilang rasa belas kasihan, hilang rasa empati sehingga sanggup menganiaya dan menindas orang lain.
“Tunjuk Gambar Lain, Kasi Rumah Lain..” Sedih & Kecewa, Pelajar Universiti Dianiaya Tuan Rumah
Seperti mana yang viral di aplikasi TikTok, berkenaan dengan seorang pelajar Universiti yang dikenali dengan nama Nurha, ditipu dan dianiaya oleh tuan rumah yang disewanya. Pemilik rumah yang disewanya itu pada mulanya menunjukkan gambar keadaan yang lebih bagus.
Namun realitinya sungguh mengecewakan apabila pelajar Universiti ini mula menjejak masuk ke rumah berkenaan pada hari pertama. Terlampau banyak kekurangannya antaranya keadaan belakang rumah yang tidak terjaga, tombol pintu belakang rosak.
Bukan itu sahaja, malah lebih teruk lagi apabila pintu hadapan rumah berkenaan tidak mempunyai kunci. Hanya boleh dikunci dari dalam sahaja. Cuba fikirkan, macam mana sebagai penghuni rumah berkenaan ingin keluar, apakah ditinggal rumah tidak berkunci?
Apabila ditanya dan diajukan semua masalah tersebut kepada pemilik rumah berkenaan namun jawapan yang diterima oleh Nurha teramat mengecewakan. Menurut pelajar ini, pemilik rumah berkenaan menjawab “sepatutnya awak bersyukur sekarang ni dah ada rumah sewa”.
Please cari rumah lain..
Bukan sahaja Nurha yang berasa kecewa, sedih dan marah terhadap pemilik rumah berkenaan malah orang ramai yang menonton video berkenaan juga turut berasa marah dan geram.
Tidak kurang juga ada yang seolah-olah terkejut dan sempat menulis di ruangan komen jangan aniaya orang nak cari ilmu. “Ya Allah, jangan aniaya orang nak cari ilmu”, tulis pemilik akaun TikTok olafff.
Dalam masa yang sama, ada juga yang menasihatkan Nurha agar tidak tinggal di rumah sewa berkenaan demi keselamatan. ” Sis better jangan demi keselamatan u. Tau u bukan nak study je tapi u duduk jauh please cari rumah lain” – ymin_.
Terpana dan terkejut seketika mendengar semua kisah yang dikongsikan oleh Nurha ini. Sanggupnya seorang manusia menganiaya manusia yang lain dan seorang pelajar yang ingin menuntu ilmu.
Sebagai tuan rumah, tidak wajar dia memperlakukan penyewanya sebegini rupa. Sepatutnya sebelum disewakan kepada sesiapa, pastikan keadaan rumah tersebut selamat dan selesa. Kepada pemilik rumah sewa berkenaan, sentiasalah berbuat baik sesama insan. Barulah hidup kita lebih tenang dan aman.
Kredit: TikTok Nurha
Baca juga: Syahmi Sazli Hadiahkan Iphone 14 Buat Pekerjanya Yang Terpilih Dapat Pujian Ramai