Status OKU Tidak Mematahkan Semangat Untuk Meneruskan Kehidupan – Daily Rakyat

Status OKU Tidak Mematahkan Semangat Untuk Meneruskan Kehidupan

Sumber Rujukan : Abd Ghani Haron

Projek sedekah jariah rakan Facebook saya kelmarin menyerah bantuan yang diminta oleh seorang OKU tanpa kaki dan sebelah tangan untuk mengusahakan perkhidmatan memperbaiki telefon bimbit dengan membeli perkakasan kerja untuknya bernilai RM250.00 iaitu penjalur wayar, multimeter, timah, solder dan lain-lain termasuk papan iklan serta wang RM300.00.Beliau mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Lihatlah insan ini yang tetap ingin berusaha untuk hidup

OKU berkenaan ialah Mohd Nor Khairul Zani bin Nordin, berumur 44 tahun dan beralamat di Lot 1151 Kampung Kuau, Repek 16300 Bachok Kelantan boleh dihubungi di 01129393228. Beliau tinggal bersama sepupu beliau di rumah peninggalan arwah emaknya. Rumah yg tidak siap dalam keadaan cukup daif. Beliau kini bergantung hidup dengan duit kebajikan RM350 sebulan, kekadang meminta sedekah bila keperluan tidak mencukupi. Lihat gambar.

Minta kerjasama rakyat Malaysia yang budiman viralkan perkhidmatan pembaikan telefon yang diusahakannya. Semoga ada mereka yang berdekatan boleh menghubunginya dan juga anda yang berdekatan boleh mengusahakan bantuan untuk membaiki rumah yang didudukinya.

Makluman ini untuk pengetahuan para penyumbang ke projek sedekah jariah rakan Facebook saya, dan untuk mengajak yang lain untuk turut sama membantu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat