“Tak Sanggup Berkongsi Dosa..” Tukang Jahit Tak Ambil Upah Jahit Seluar Ketat Perempuan Dipuji Ramai


Setiap wanita atau  perempuan yang beragama Islam harus menjaga kehormatan dan auratnya baik-baik. Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana mereka yang beragama Islam dibenarkan membuka aurat hanya kepada orang tertentu sahaja.

Antara aurat perempuan dengan orang luar, khususnya lelaki adalah seluruh tubuhnya kecuali telapak tangan dan muka. Akan tetapi masih lagi ramai yang tetap mempamerkannya kepada orang luar. Lihat sahaja anak-anak muda zaman sekarang, berapa ramai yang masih lagi berpakaian ketat.

Walaupun keseluruh badannya ditutup dengan lapisan kain namun jika pakaian tersebut melekat, seolah-olah seperti membalut tubuh juga diharamkan dan ianya tetap berdosa. Malah tukang jahit yang menyediakan pakaian, menjahit atau membaiki pakaian tersebut juga turut sama berdosa.

“Tak Sanggup Berkongsi Dosa..” Tukang Jahit Tak Ambil Upah Jahit Seluar Ketat Perempuan Dipuji Ramai

Dek kerana tidak mahu berkongsi dosa, ada sebuah video yang dikongsikan oleh Syafieqa_Ramadhan ii berkenaan dengan sebuah kedai yang menolak untuk menjahit atau mengubah seluai seluar ketat perempuan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Syafieqa ini, tukang jahit yang tidak dapat diketahui dengan lebih jelas di mana itu menampalkan pesanan tidak menerima tempahan membaiki seluar ketat perempuan.

“Disini tak terima alter seluar ketat perempuan. “Tak sanggup berkongsi dosa”. Nota yang ditampal pada pintu masuk itu seolah-olah memberikan kejutan dan panahan kepada pembaca. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berhasrat untuk mengubah atau membaiki seluarnya yang longgar kepada ketat.

membaiki seluar ketat

Sikap dan pendirian pemilik kedai jahit ini wajar dipuji kerana tidak semua yang faham akan kesilapan ini. Walaupun kita hanya sebagai tukang baiki namun kita turut sama berkongsi dosa. Semoga lebih banyak lagi tukang jahit di luar sana yang mempunyai pendirian sebegini.

@cikpika_pika_ii Terbaik #foryoupage #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

https://www.tiktok.com/embed.js

Alhamdulillah. Syabas tailor..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai pendapat dan komen yang ditinggalkan oleh mereka yang menonton video berkenaan. Bukan sahaja ramai yang memuji tindakan tukang jahit ini namun ada juga yang menulis, kalaulah semua dalam dunia seperti ini, pasti indah dan makmur.

“Kalau lah semua dalam dunia camni indah dan makmur”, tulis pemilik akaun TikTok yang dikenali dengan nama Sunez.

Ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, kedai macam ni patut diberi sokongan. “Kedai macam ni patut kita support”, tulis Dam_Project26.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa syukur kerana masih ada lagi yang lebihkan agama dari duit. Setengah kedai tidak mengambil kisah akan hal tersebut janji perniagaan laris. “Alhamdullillah, masih ada lagi yang lebihkan agama dari duit, setengah kedai lantak kau lah janji kedai aku laris”, tulis pemilik akaun TikTok dengan nama dalam tulisan Thailand.

Dalam masa yang sama, ada juga tukang jahit lain yang turut meninggalkan komen menyatakan dia tidak menjahit baju kurung kerana ramai yang nak baju kurung yang ketat. Jadi dia hanya membuat dress dan juga jubah abaya.

” Alhamdulillah. Syabas tailor. Saya tak buat baju kurung sebab selalu orang nak baju kurung ketat. So saya buat abaya dress dengan jubah” – Nur Syazwani

Semoga lebih banyak lagi tukang jahit di luar sana yang berpendirian seperti ini. Bukan hanya mengejar untung semat-mata namun dalam masa yang sama turut mengejar pahala.

Sumber: TikTok Syafieqa_Ramadhan ii

Baca juga: “Santai Betul Dia Curi..” Pencuri Selamba Lompat Pagar, Bawa Lari Tong Gas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat