Berbasikal 5 Jam Untuk Menjenguk Ayah!
Kita seringkali mendengar kisah pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak tetapi sejauh mana pengorbanan untuk ibu bapa kita yang telah membesarkan kita menjadi manusia yang mampu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk .
Kisah yang menjadi perhatian ramai dengan kisah 2 beradik yang sanggup sanggup berbasikal hampir 5 jam hanya kerana mahu berjumpa dengan ayah mereka di penjara. Namun, mereka dikecewakan oleh kerana waktu yang mereka datang bukanlah hari melawat. Cerita ini telah dimuatnaik oleh pengawal penjara yang ditugaskan pada hari itu.
Apichai Manthong, pengawal penjara di Penjara Daerah Kantharalak, telah merekodkan perbualannya dengan dua kanak-kanak tersebut yang berbasikal melebihi 50kilometer untuk menziarahi ayahnya di penjara pada hari minggu. Mereka nampak seperti lebih muda daripada kanak-kanak berusia 10 tahun.
Menurut perbualan diantara Apichai Manthong bersama kanak-kanak tersebut pada hari yang sama sewaktu perjalan mereka telefon milik mereka telah jatuh dan retak yang menyebabkan berasa kesian kepada dua beradik ini kerana hari ini bukanlah hari melawat.
Apabila ditanya kenapa ibunya tidak menemani mereka, kata mereka, “Mak di Bangkok.” dan mereka hidup bersama nenek. Dengan tidak bersalah mereka juga menyatakan mereka mempunyai abang tetapi telah gila.
Apichai tidak dapat membenarkan mereka masuk tetapi dia membawa mereka ke pihak atasan, yang telah memberikan tarikh hari pelepasan ayah mereka.
“Kanak-kanak itu gembira mendengar tarikh pelepasan ayah mereka. Saya tersentuh dengan kasih sayang yang mereka miliki untuknya. Mereka datang pada hujung minggu untuk melihat ayah mereka. Saya hampir menangis.”
Apichai berkata dia hanya mempunyai wang tunai 200baht (RM25.57) di dalam poketnya, jadi dia menyerahkan anak itu sekeping bil 100baht untuk membeli makan tengah hari dan memberikan air botol percuma, untuk perjalanan pulang mereka.
Netizen memuji kelakuan Apichai yang menolong kanak-kanak tersebut. Ada yang mengatakan cerita itu membuatkan mereka menangis.
Tidak kira sejauh mana, kasih sayang yang mereka miliki untuk ayah mereka menjadikan jarak itu, jauh lebih singkat. Saya berharap agar kedua-dua mereka dapat menjadi orang yang baik dalam masyarakat, ” komen seorang netizen.