Permainan Bunuh Diri? – Kenali Blue Whale Challenge, Remaja Ramai Yang Terlibat!
Blue Whale Challenge adalah sebuah ‘permainan’ di mana remaja-remaja yang menerima cabaran akan dipantau untuk menyiapkan beberapa tugasan yang semakin teruk dan jijik dan pada pengakhiran permainan, pemain dikerah untuk mengambil nyawa diri sendiri untuk “berjaya”.
Permainan bunuh diri Blue Whale Challenge mengambil masa 50hari untuk sampai ke pengakhirannya dan dimain pada laman sosial popular Russia, VKontakte. Permainan ini mendapat nama daripada kepercayaan yang mana paus biru membawa dirinya ke tepi pantai untuk mengakhiri hidupnya.
Permainan ini telah mengambil tarikan remaja seawal 12 tahun di Rusia dan Asia Tengah, tetapi sudah merebak ke arah Eropah dan juga United Kingdom. Permainan itu telah mengambil nyawa 80 hingga 130 kanak-kanak di antara November 2015 hingga April 2016.
Bagaimana untuk bermain permainan ini?
Admin permainan atau kurator akan mencari pemain melalui “kumpulan bunuh diri” yang ada di dalam VK.com (VKontakte). Polis Rusia telah menutup beberapa kumpulan bunuh diri ini pada tahun-tahun yang lepas tetapi ia akan sentiasa dibuka kembali oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab.
Apabila anda telah diterima masuk oleh admin, anda akan diberikan 50 cabaran harian yang mudah, seperti mendengar spesifik lagu, menonton cerita atau video yang menakutkan dan bangun pada masa yang pelik. Ia akan menjadi lebih ekstrem seperti mengukir huruf atau simbol ikan paus menggunakan pisau di badan pemain. Cabaran yang pertama selalunya akan dihantar pada pukul 4.20 pagi. Setiap kali pemain menyelesaikan tugasan yang diberi, pemain harus menunjukkan bukti tugasan itu sudah diselesaikan, melalui gambar atau video kepada admin permainan.
Seorang penulis jurnal yang bekerja di sebuah stesen radio telah membuat akaun palsu di VK, melakonkan watak budak berusia 15 tahun yang mahu menyertai permainan Blue Whale Challenge itu. Selepas mendapatkan akses dengan admin tersebut, mereka diberi tugas pertama mereka yang melibatkan kecederaan diri yang disengajakan.
Transcript percakapan mereka dengan admin tersebut ditulis di bawah:
Pemain : Saya mahu bermain permainan ini.
Admin: Adakah anda pasti? Permainan ini tiada jalan untuk patah balik.
Pemain: Ya. Apa maksud awak yang permainan ini tiada jalan patah balik.
Admin: Kamu tak boleh tarik diri setelah kamu mulakannya.
Pemain: Saya bersedia.
Admin: Jalankan tugas yang diberi dan semua orang tak boleh tahu tentang ini. Jika tugas itu sudah diselesaikan, hantar gambar bukti. Pada pengakhiran permainan, kamu akan mati. Kamu bersedia?
Pemain: Kalau saya mahu tarik diri?
Admin: Saya ada semua informasi kamu. Mereka akan datang membunuh kamu.
Cabaran pertama penulis jurnal dapat daripada admin tersebut adah untuk menulis salah satu hashtag permainan “F58” di lengannya dengan menggunakan pisau. Penulis jurnal itu cuba untuk membodohkan admin permainan itu dengan gambar yang sudah diedit tetapi admin tidak mempercayainya dan berhenti membalas mesej penulis jurnal tersebut.
Adakah permainan Blue Whale Challenge ini telah menyebabkan kematian sebanyak 130 remaja Rusia?
Pada pengakhiran tahun 2015, remaja berusia 17 tahun bernama Rina Palenkova memuatnaik ‘selfie’ dibawah sebelum dia terjun ke arah kereta api yang datang. Pemandu tren tersebut melihat Rina dan cuba untuk memberhentikan tren tersebut tetapi tidak berjaya dan Rina mati digilis tren tersebut.
Bukan sahaja memuatnaik gambar-gambar yang menakutkan, remaja tersebut juga terlah menulis mesej di laman sosialnya yang ditulis “Goodbye.”
Beberapa hari setelah kematiannya, beberapa komuniti online dan juga kumpulan bunuh diri yang lain telah menyebarkan gambar Rina dan mengakui bahawa Rina adalah salah seorang daripada kumpulan bunuh diri, tetapi belum mendapat kepastian kumpulan bunuh diri yang mana.
Selain itu, pembunuhan berdua yang lagi kejam pada tahun 2017 telah dikaitkan dengan Blue Whale. Yulia Konstantinova, 15 dan Nika Volkova, 16 mengambil nyawa mereka sendiri dengan terjun daripada bangunan 14 tingkat. Sebelum kematian Yulia, di memuatnaik gambar paus biru di Instagram dan menukar status VK nya kepada “End.” Nika juga meninggalkan status yang sama di profil VK miliknya, “Sense is lost… End.”
Blue Whale dan permainan yang sama telah dikaitkan dengan 80 hingga 130 kes remaja bunuh diri oleh pihak media dari Rusia, tetapi tiada bukti kukuh tentang kematian ini, adakah berkaitan dengan satu sama lain ataupun tidak.
“Kami telah mendapati sebanyak 130 kes bunuh diri dalam kalangan remaja yang berlaku di Rusia dari November 2015 hingga April 2016. Boleh dikatakan, semua daripada mereka adalah ahli kumpulan yang sama di dalam Internet.” kata pegawai polis itu, Novaya Gazeta.
Kumpulan ini telah menggalakkan kanak-kanak untuk mengambil nyawa mereka sendiri dengan psikologi, meyakinkan remaja ini yang mereka adalah “gemuk” atau “tidak berguna” di dunia ini, tetapi jika mereka di ‘alam lain’ mereka akan menjadi sebahagian daripada ‘Yang Terpilih’.
Pada November 2016, seorang admin kumpulan di VK, telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah tentang kes yang sama, mendorong remaja untuk bunuh diri. FIlipp Budeikin, atau nama onlinenya, “Filipp the Fox” dipercayai telah mengakibatkan kematian remaja lebih daripada 15 orang.
Di seluruh dunia, polis telah mengeluarkan kenyataan kepada ibu bapa tentang kumpulan bunuh diri online ini. Polis di UK dan negara Eropah lain juga telah mengambil tindakan yang sama.
Senarai Cabaran yang Lengkap tentang Blue Whale Challenge.
Seorang pengguna Reddit telah memuatnaik senarai cabaran yang diambil di bahagian komen pada website berita Rusia. Cabaran ini telah ditukar bahasanya daripada bahasa Rusia.
(Versi Bahasa Inggeris)
1. Carve with a razor “f57” on your hand, send a photo to the curator.
2. Wake up at 4.20 a.m. and watch psychedelic and scary videos that curator sends you.
3. Cut your arm with a razor along your veins, but not too deep, only 3 cuts, send a photo to the curator.
4. Draw a whale on a sheet of paper, send a photo to curator.
5. If you are ready to “become a whale”, carve “YES” on your leg. If not, cut yourself many times (punish yourself).
6. Task with a cipher.
7. Carve “f40” on your hand, send a photo to curator.
8. Type “#i_am_whale” in your VKontakte status.
9. You have to overcome your fear.
10. Wake up at 4:20 a.m. and go to a roof (the higher the better)
11. Carve a whale on your hand with a razor, send a photo to curator.
12. Watch psychedelic and horror videos all day.
13. Listen to music that “they” (curators) send you.
14. Cut your lip.
15. Poke your hand with a needle many times
16. Do something painful to yourself, make yourself sick.
17. Go to the highest roof you can find, stand on the edge for some time.
18. Go to a bridge, stand on the edge.
19. Climb up a crane or at least try to do it
20. The curator checks if you are trustworthy.
21. Have a talk “with a whale” (with another player like you or with a curator) in Skype.
22. Go to a roof and sit on the edge with your legs dangling.
23. Another task with a cipher.
24. Secret task.
25. Have a meeting with a “whale.”
26. The curator tells you the date of your death and you have to accept it.
27. Wake up at 4:20 a.m. and go to rails (visit any railroad that you can find).
28. Don’t talk to anyone all day.
29. Make a vow that “you’re a whale.”
30-49. Everyday you wake up at 4:20am, watch horror videos, listen to music that “they” send you, make 1 cut on your body per day, talk “to a whale.”
50. Jump off a high building. Take your life.
Walaupun permainan tersebut tidak menular dengan kuat ke arah Eropah, minat kepada permainan tersebut telah meningkat. Graf di bawah menunjukkan bilangan pengguna yang mencari perkataan ‘blue whale’ di Google dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
Sudah tentu jelas kelihatan bahawa seseorang yang mempunyai kecenderungan bunuh diri, mungkin mencari kumpulan-kumpulan seperti ini, jadi sementara kumpulan-kumpulan itu tidak lagi wujud hanya untuk meyakinkan remaja untuk membunuh diri, jenis kandungan seperti itu tidak akan membantu masalah ini.
Tiada laporan mengenai kumpulan bunuh diri yang ada di laman web media sosial selain VKontakte, dan mereka tidak merebak ke mana-mana bahagian dunia di luar Rusia, tetapi bagi pihak berkuasa Rusia ini adalah suatu masalah besar. Kerajaan Rusia menganggarkan bahawa 720 kanak-kanak bawah umur membunuh diri pada tahun 2016.
Kepada semua warga Malaysia, kes bunuh diri ini perlu ‘dimatikan’ dengan segera. Semoga tiada kumpulan seperti ini merebak ke Malaysia.